Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022 Zakat Pulau Pinang
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG TAHUN 2022
Bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang ini terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.
Objektif utama bantuan ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang bagi tahun 2022.
Apakah Bantuan Awal Persekolahan 2022 Zakat Pulau Pinang ?
Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Di bawah program ini, Zakat Pulau Pinang akan memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut disekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Syarat Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022
KRITERIA PERMOHONAN ZAKAT
Syarat-syarat:
- Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan Zakat
- Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang
- Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi persekolahan.
- Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.
- Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin.
- Permohonan bantuan awal persekolahan tidak termasuk Pra-sekolah, Tadika, Taski atau IPT.
- Rujuk jadual pendapatan yang layak memohon dalam poster jadual di bawah:
Bilangan Anak | Pendapatan Kasar Isi Rumah |
2 orang anak | RM1500 dan ke bawah |
3 orang anak | RM2000 dan ke bawah |
4 orang anak dan ke atas | RM2500 dan ke bawah |
Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan 2022 RM150: Semakan Syarat & Kelayakan
Cara Permohonan
Dapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula hari ini, 8 November 2021.
WAKTU URUSAN DI KAUNTER
- Isnin – Khamis (8.30pagi – 4.30petang)
- Jumaat (8.30pagi – 12.30) Tengahari (2.45petang-4.30petang)
- Sabtu (9.00pagi – 3petang – Minggu pertama di Kaunter HQ-Bandar Perda sahaja)
- Ahad Tutup
Sila nyatakan jenis bantuan yang ingin anda pohon. Terdapat beberapa tatacara yang perlu dipatuhi ketika memohon dan mengisi borang bantuan zakat seperti di bawah:
Tatacara permohonan bantuan
- Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP
- Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.
- Dokumen Utama (wajib disertakan) :
- Salinan kad pengenalan pemohon,
- Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
- Dokumen Sokongan (jika perlu) :
- Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
- Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
- Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
- Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)
- Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.
- Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.
Baca juga: Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai? Ini Cara Tukar Ke Biru
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2021.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila rujuk ke saluran berikut:
- Facebook Zakat Pulau Pinang
- Telefon : 04-549 8088
- E-mel: [email protected]
- Laman web : https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/agihan/2013-06-30-14-37-18/pendidikan/program-bantuan-awal-persekolahan
Mohon sebaran.