Permohonan Rumah Harapan Rakyat RM60,000 / Seunit
Bermula 9 Februari yang lalu, Kerajaan Negeri Sembilan telah membuka permohonan bagi inisiatif Rumah Harapan Rakyat.
Inisiatif ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan bermula pada tahun 2021 bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna.
Di sini kami akan kongsikan maklumat lanjut tentang inisiatif program ini dan cara membuat permohonan bagi yang berminat.
Apakah Rumah Harapan Rakyat?
Rumah Harapan Rakyat adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan bermula pada tahun 2021.
Inisiatif ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna.
Konsep program adalah pembiayaan pembinaan Rumah Harapan Rakyat yang bernilai RM60,000 seunit dan akan dibayar balik oleh pemohon dalam bentuk pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).
Baca juga: Cara Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan
Syarat Permohonan Rumah Harapan Rakyat
- Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun.
- Pemohon bujang/berkahwin. Jika berkahwin, pasangan hendaklah juga warganegara Malaysia.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
- Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh sahaja), tanah tersebut bersesuaian bagi pembinaan RHR dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
- Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
- Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar.
- Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem eKaseh.
Cara Permohonan
- Muat turun borang di laman web PKNNS iaitu www.pknns.gov.my/ ATAU dapatkan borang permohonan manual di BAHAGIAN TEKNIKAL PKNNS
- Sediakan dokumen yang diperlukan (rujuk senarai di bawah)
- Hantar borang yang telah lengkap ke BAHAGIAN TEKNIKAL PKNNS atau PEJABAT DAERAH di kawasan pemohon.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
BAHAGIAN TEKNIKAL, 23-H, TINGKAT BAWAH, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
TEL: 06 7616871 FAKS: 06 7616877
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami)
- Salinan Kad Pengenalan Waris
- Salinan Sijil Nikah / Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian / Akuan
Sumpah - Salinan Kad Pengenalan atau Mykid anak atau tanggungan yang tidak mempunyai
Mykid atau berumur bawah 12 tahun - Salinan penyata akaun bank
- Slip Gaji Terkini Pemohon – 3 bulan terakhir
- Slip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami) – 3 bulan terakhir (Jika ada)
- Surat Pengesahan Pendapatan (Jika ada)
- Penyata KWSP Pemohon – Penyata tahun semasa (Jika berkaitan)
- Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami) – Penyata tahun semasa (Jika berkaitan)
- Gambar rumah terkini
- Gambar tapak cadangan
- Salinan Hakmilik Tanah
- Salinan Sijil Carian Rasmi (Dapatkan di Pejabat Tanah Galian Negeri Sembilan (PTGNS) )
- Pengesahan Ketua Adat (Jika berkaitan)
*Semua dokumen Salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan
(Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar /
Guru Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi MPKK)
Baca juga: Borang Permohonan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan
Muat Turun Borang Permohonan Rumah Harapan Rakyat
Pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang di pautan berikut:
http://www.pknns.gov.my/images/BORANG_PERMOHONAN_RHR.pdf
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pknns.gov.my/ atau hubungi
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
BAHAGIAN TEKNIKAL
23-H, TINGKAT BAWAH, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
TEL: 06 7616871 FAKS: 06 7616877