GKP Tambahan 2021: RM1000 Bagi PKS Negeri PKP, RM500 Negeri Lain

Berita baik untuk usahawan PKS, sebentar tadi telah dimaklumkan satu inisiatif khas iaitu GKP Tambahan 2021 oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan tersebut adalah merangkumi:

  • Bantuan GKP (Geran Khas Prihatin) Tambahan ini diperluas kepada 500,000 usahawan PKS di 7 negeri di bawah PKP dengan bayaran RM1,000.
  • Manakala 300,000 usahawan PKS di negeri lain akan menerima RM500.

Baca juga: BPR 2021: Cara Permohonan & Kemaskini (Mulai 15 Januari-15 Februari)

Berikut adalah info terkini tentang GKP Permai yang telah dimuatnaik di laman web https://gkp.hasil.gov.my/

Apakah GKP PERMAI?

GKP Tambahan atau GKP PERMAI adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Kelayakan

GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

Jumlah Bantuan GKP Tambahan / GKP PERMAI

Amaun bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:

  • PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
  • PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran adalah pada Mac 2021.

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu
dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini.

Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Maklumat Lanjut: https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/(FAQ)GKPTambahan.pdf

Inisiatif 14: Meneruskan Geran Khas Prihatin (GKP Tambahan 2021)

Pengumuman GKP PERMAI ini adalah merujuk kepada teks ucapan Perdana Menteri menerusi Pengumuman Pakej Bantuan Prihatin 18 Januari 2021 di bawah Inisiatif 14 seperti di bawah:

Semasa Belanjawan 2021, Kerajaan telahpun mengumumkan bantuan kewangan sebanyak 1,000 ringgit melalui Geran Khas Prihatin Tambahan, atau GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.

Sehubungan itu, sukacita ingin saya maklumkan bahawa Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan ini kepada 500 ribu PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran 1,000 ringgit, manakala 300 ribu PKS di negeri yang lain akan menerima 500 ringgit.

Perluasan inisiatif Geran Khas Prihatin Tambahan ini, atau GKP PERMAI, melibatkan peruntukan tambahan sebanyak 650 juta ringgit.

Namun demikian, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, Kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta.

*Sumber: TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI PENGUMUMAN KHAS PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: