i-Citra KWSP: Syarat, Cara Permohonan & Semakan Status Kelulusan

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50 kini diperkenalkan oleh KWSP melalui inisiatif terbaharu, i-Citra di bawah Pakej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri.

Lebih kurang jam 11.30 malam tadi, laman web rasmi i-Citra telahpun diaktifkan.

Berikut kami kongsikan maklumat lanjut tentang i-Citra KWSP untuk makluman bersama.

Apakah i-Citra KWSP?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Syarat Kelayakan Memohon i-Citra KWSP

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan

*Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Baca juga: PEMULIH: Bantuan Kewangan Khas COVID19 RM500 (BKC)

Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Ilustrasi bayaran amaun pengeluaran seperti di bawah:

 Senario 1Senario 2Senario 3Senario 4
Amaun Kelayakan (RM)5,0004,5153,030947
Bayaran Pertama (RM)1,0001,0001,000940
Bayaran Kedua (RM)1,0001,0001,000
Bayaran Ketiga (RM)1,0001,0001,000
Bayaran Keempat (RM)1,0001,000
Bayaran Kelima (RM)1,000510

NOTA:

  • Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.
  • Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)
  • Simpanan dalam Akaun 2 anda akan digunakan terlebih dahulu dan jika tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan.

Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 & 1 seperti di bawah;

 Senario 1Senario 2Senario 3
Baki Akaun 1 (RM)20,00020,00020,000
Baki Akaun 2 (RM)7,0003,0000
Amaun Kelayakan (RM)5,0005,0005,000
Amaun Pengeluaran Daripada:
Akaun 2 (RM)5,0003,0000
Akaun 1 (RM)02,0005,000
i-citra kwsp
i-citra kwsp

Cara Semakan Baki KWSP

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  1. Laman web i-Akaun / Aplikasi mudah alih i-Akaun – Cara Daftar i-Akaun KWSP, Semak Penyata & Dividen Terkini
  2. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga) – Sila rujuk: Cara Semak Baki & Daftar i-Akaun Di Kiosk KWSP (RHB, Bank Rakyat, CIMB, Maybank, UTC, Aeon dll))
  3. Pendaftaran i-Akaun melalui telefon : i-Akaun View Mode: Pendaftaran KWSP Online / Telefon Ketika PKP

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

i-citra kwsp

Cara Permohonan i-Citra KWSP

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my.

Sila ikuti langkaj berikut u tuk membuat permohonan secara online:

  1. Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN.
  2. ISIKAN nombor Mykad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan keselamatan.
  4. Tentukan Amaun Pilihan pengeluaran. Rujuk pada A atau B dalam infografik di bawah.
  5. Tekan TERUSKAN.
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
  7. Semak semua maklumat dan tandakan tick pada ruangan yang tersedia. Tekan HANTAR. Selesai.

Akses permohonan di portal ini akan dibuka bermula 12 Julai 2021.

Sila rujuk soalan lazim di bawah untuk maklumat terperinci tentang i-Citra KWSP.

Tarikh Bayaran Diterima

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Cara Semakan Status

Semakan status boleh mula dibuat mulai 16 Julai secara berperingkat.

Rujuk cara membuat semakan seperti berikut:

  1. Layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Tekan menu Semakan Status
  3. Masukkan nombor MYKad dan Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Semak Status.
  5. Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.

Nota: Status anda akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jika diluluskan, bayaran akan dibuat seawal 2 Ogos 2021.

semakan status i-citra kwsp

Cara Semakan Status Kelulusan & Tarikh Pembayaran i-Citra Melalui i-Akaun

Untuk memudahkan semakan permohonan i-Citra anda sila semak terus melalui laman sesawang KWSP menggunakan Google Chrome atau apps i-akaun anda.

Rujuk cara semakan seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada pada menu “Withdrawal History” dan “i-citra”.
  4. Tarikh pengeluaran pertama akan dipaparkan seperti di bawah. Semoga LULUS!
semakan status i-citra lulus

Soalan Lazim / FAQ i-Citra

1. Mengapakah Pengeluaran i-Citra diperkenalkan?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka

2. Siapakah yang layak memohon?

i) Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
ii) Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

3. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

4. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

– Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
– Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
– Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
– Bayaran minimum adalah RM50
– Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
– Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

5. Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran i-Citra?

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

6. Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

7. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP.

8. Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

9. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021.

10. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

Boleh, asalkan ahli memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan dalam soalan (2).

11. Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

12. Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.

– Akaun bank simpanan atau semasa.
– Akaun bank masih aktif.
– Akaun Bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.
 Bagaimanapun, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

13. Bayaran bulanan i-Citra akan terhenti sekiranya;

– Ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun; atau
– Terdapat apa-apa pengeluaran penuh diluluskan (contoh: Pengeluaran Hilang Upaya, – – Meninggalkan Negara, Kematian dll); atau
– Ahli membuat pembatalan i-Citra

14. Bolehkah ahli membatalkan permohonan i-Citra?

Boleh. Ahli boleh membatalkan permohonan setelah diluluskan dan bayaran seterusnya akan dihentikan.
Permohonan semula tidak dibenarkan.

15. Bolehkah amaun Pengeluaran i-Citra dipinda?

Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dibuat.

16. Apakah yang akan berlaku kepada caruman bulanan ahli selepas bayaran Pengeluaran i-Citra KWSP tamat?

Sekiranya amaun Pengeluaran i-Citra menggunakan simpanan daripada Akaun 1, semua caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 sehingga mencukupi amaun yang telah dikeluarkan.
 Setelah itu, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).
 Rasional bagi mengisi semula simpanan di dalam Akaun 1 adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

17. Adakah bayaran Pengeluaran i-Citra diberi keutamaan berbanding dengan lain-lain pengeluaran?

Ya, bayaran i-Citra diberikan keutamaan berbanding bayaran pengeluaran lain.
 Bagaimanapun, sekiranya ahli juga menerima pembayaran Pengeluaran i-Sinar dan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan, bayaran pengeluaran ini akan diberikan keutamaan.

18. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?

impanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran i-Citra.
 Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan Simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

19. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
i-Akaun (Ahli)
Aplikasi mudah alih i-Akaun
Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

20. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan i-Citra?

Ahli boleh menyemak status permohonan i-Citra melalui:
– Menu Semak Status Permohonan di icitra.kwsp.gov.my; atau
– Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

21. Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

– Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
– Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
– Media sosial rasmi KWSP : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia
– Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Maklumat Lanjut

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Baca juga: PEMULIH: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk B40, M40 & T20

Jika anda tidak dapat membuat permohonan i-Citra kerana nombor telefon lama sudah tidak aktif, sila rujuk artikel ini:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: