Program Bantuan Kad Perak Sejahtera – Cara Memohon
Program Bantuan Kad Perak Sejahtera adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan negeri Perak untuk mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kesihatan asas dan makanan untuk Rakyat Negeri Perak.
Mari ketahui lebih lanjut mengenai program ini melalui perkongsian di bawah.
BACA JUGA: Program BikeCare-1000: Bantuan Pembelian Motosikal Selangor
Program Bantuan Kad Perak Sejahtera
Sebelum dikenali sebagai Program Bantuan Kad Perak Sejahtera, ia dikenali sebagai Bantuan Kad Perak Prihatin. Program ini telah dijalankan bermula pada 2019 dan telah memberi manfaat lebih kurang 17 ribu penerima dan bilangan penerima semakin bertambah saban tahun.
Menerusi program ini, para penerima akan mendapat bantuan kewangan untuk pembelian barang asas secara bulanan di kedai dan pasaraya panel terpilih. Selain itu, penerima juga akan turut memperoleh perkhidmatan kesihatan di panel-panel klinik terpilih dengan jumlah tertentu.
Objektif utama kerajaan negeri adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan isi rumah golongan sasar seterusnya keluar daripada garis kemiskinan dan miskin tegar. Sehubungan dengan itu, diharapkan program ini dapat membantu meringankan beban golongan sasar terutamanya dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
Jenis Bantuan
- Barang keperluan asas secara bulanan di kedai dan pasaraya panel terpilih
- Perkhidmatan kesihatan di panel-panel klinik terpilih
Jumlah Bantuan Kad Perak Sejahtera
Untuk makluman penggunaan bagi manfaat makanan telah dinaikkan daripada RM80.00 sebulan kepada RM90.00 bermula pada Januari 2023.
Bagi penggunaan manfaat kesihatan masih kekal iaitu RM75.00 untuk setiap kali rawatan. Manakala had pembiayaan kesihatan adalah RM150.00 setahun.
Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan
Sila rujuk gambar di bawah untuk senarai barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan kad Perak Sejahtera ini:
- Beras
- Mi/Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula & Garam
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Sayuran dan buahan
- Daging ayam, lembu, kambing, ikan
- Sabung, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
- Lampin pakai buang (bayi/dewasa)
- Produk tenusu
- Barang persekolahan
Cara Penggunaan Kad Perak Sejahtera
A. Perkhidmatan Kesihatan
B. Pembelian barangan asas
Cara Memohon & Semak Kelayakan
Untuk memohon, anda perlu menyemak kelayakan terlebih dahulu. Sila layari pautan berikut untuk menyemak kelayakan anda: https://member.perakprihatin.com/site/login
Kemudian, masukkan no kad pengenalan anda dan klik ‘Semak’.
Sekiranya anda layak untuk memohon, anda boleh ‘Sign Up’ dan log masuk untuk memohon.
BACA JUGA: mySTR: Sumbangan Tunai Rahmah, Bayaran Fasa 2 (April 2023)
Aktifkan Kad Perak Sejahtera
Pengaktifan kad boleh dilakukan secara dalam talian dengan melayari pautan berikut: www.perakprihatin.com. Seterusnya klik, Pengaktifan Kad. Atau, terus klik: https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp
Atau, anda boleh aktifkan kad dengan menghubungi pusat panggilan khidmat pelanggan Perak Prihatin di talian berikut: 1800 22 6600 atau emel: [email protected]
Anda boleh rujuk cara pengaktifan kad di sini: https://www.perakprihatin.com/pengaktifan-kad
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan Kad Perak Prihatin boleh hubungi pusat panggilan perkhidmatan di talian: 1800 22 6600
Atau, hubungi Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di talian: 05 526 9829
Atau, melalui melalui email di pautan berikut: https://www.perakprihatin.com/ , [email protected]