Program BikeCare-1000: Bantuan Pembelian Motosikal Selangor

Buat julung kalinya Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) dibawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja dengan kerjasama Pertubuhan Pemulihan Tenaga Kerja telah mengadakan Program Bantuan BikeCare-1000 bagi membantu sektor p-hailing khususnya untuk menjana pendapatan.

Inisiatif ini ditumpukan untuk membantu 100 warga Selangor yang ingin berkhidmat dan sedang berkhidmat dibawah sektor p-hailing yang memerlukan bantuan untuk memiliki motorsikal dan mengendalikan tugasan harian mereka bagi menjana pendapatan. Program ini khas untuk mereka yang menganggur dan ingin meceburkan diri dalam sektor p-hailing dimana kerajaan negeri akan membantu mereka dengan subsidi bayaran pendahuluan, insurans dan pemprosesan pinjaman dengan jumlah bantuan sebanyak RM1000 untuk setiap pembelian motorsikal dan memulakan kerjaya dalam sektor p-hailing.

Selain itu, pekerja p-hailing yang sedang berkidmat dalam sektor ini juga boleh memohon bantuan subsidi ini jika berhasrat ingin menukarkan motosikal mereka yang lama dan bermasalah untuk memudahkan mereka menjalankan tugas dengan efektif.

Pihak UPPS akan membuat penilaian berpandukan tahap keperluan dan keupayaan pemohon dengan rapi supaya bantuan ini dapat disalurkan kepada pekerja Gig yang amat memerlukannya sahaja dan kami harap inisiatif ini dapat memberikan manfaat yang berkesan kepada warga Selangor.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini dan cara untuk anda membuat permohonan.

Apakah Program BikeCare-1000?

Program BikeCare-1000 adalah salah satu inisiatif kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban Pekerja Gig (P-hailing) dalam bentuk pembayaran pendahuluan pembelian motosikal.

Syarat Kelayakan

  1. Terbuka kepada warga Selangor
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Mempunyai lesen motosikal yang sah
  4. Tidak disenarai hitam oleh CTOS / CCRIS
  5. Terbuka kepada pekerja bidang p-hailing (Part time atau Full time)
  6. Motosikal berharga kurang daripada RM8000 ke bawah
  7. Permohonan pindah milik motosikal hanya dibenarkan selepas 3 tahun penggunaan

Dokumen Yang Diperlukan:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan penjamin
  3. Salinan penyata bank
  4. Salinan lesen motosikal
  5. Salinan screenshot profil pemohon
  6. Pendapatan
    • Salinan slip gaji terkini (2 bulan) bagi yang mempunyai kerja tetap
    • Salinan penyata mingguan (8 minggu) untuk yang bekerja sepenuh masa sebagai rider
    • Surat lantikan syarikat (untuk pekerja p-hailing yang sedang berkhidmat sahaja)
bikecare-1000

Cara Permohonan Program BikeCare-1000

https://surveyheart.com/form/63be7ad120c36b76bd5e36e8

*Pentadbir akan menghubungi anda selepas mendaftar atas talian dalam tempoh 48 jam.

bikecare-1000

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir permohonan BikeCare-1000 dilanjutkan sehingga 27 Januari 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program BikeCare-1000, sila hubungi Puan Fatin Syafira di talian 016-959 8320 atau layari Facebook UPPS.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: