NADMA: Bantuan Kuarantin Covid-19 RM100 Sehari Bagi Yang Hilang Pendapatan

Rakyat Malaysia yang berkerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian layak memohon bantuan NADMA daripada Tabung COVID-19 (Bantuan Khas Covid-19).

 “Masih ramai penduduk yang diarahkan kuarantin kerana Covid-19 dan terjejas pendapatan belum membuat permohonan bantuan yang disediakan, ” kata Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Mohamad Azhan Md Amir seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan, kadar bantuan, cara permohonan serta dokumen yang diperlukan.

Apakah Bantuan NADMA (Bantuan Khas Covid-19)?

Tabung COVID-19 dilancarkan untuk membantu mereka yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat COVID-19. 

Berikut dikongsikan info terkini tentang Bantuan Khas Covid-19 NADMA.

  • Kerajaan menghadkan hanya rawatan/kuarantin sebelum / pada 31 Mac 2022 sahaja layak memohon.
  • Sekiranya anda mula kuarantin/rawatan pada atau selepas 1 April 2022, kerajaan menyatakan anda tidak layak memohon.
  • Tarikh akhir hantar permohonan adalah 30 April 2022.

Ramai tanya, boleh mohon online sendiri? Jawapannya YA. Dokumen perlu disahkan oleh Ketua kampung/Penghulu/wakil rakyat dahulu, dan isi 2 borang.
(HSO Mysejahtera perlu disahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah)

BANTUAN TUNAI RM100 SEHARI TABUNG COVID19

Bantuan khas NADMA juga diberikan kepada warganegara yang terjejas pendapatan kerana arahan kuarantin Covid-19. Mereka diberikan RM100 untuk sehari dan maksimum 14 hari.

Kadar bantuan NADMA ialah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Diingatkan jika pesakit sudah ada pendapatan tetap, anda tidak layak memohon kerana bantuan ini hanya untuk penduduk yang terjejas, sebagai contoh bekerja sendiri.

Permohonan / Semakan :
https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

SUMBANGAN ONE-OFF RM5000 KEPADA WARIS YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19

Bantuan ketiga ialah sumbangan ‘one off’ kepada waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebanyak RM5,000.

Bantuan ini boleh dipohon oleh semua warganegara tidak mengira status ekonomi.

Jika seseorang itu meninggal kerana Covid-19 dan mempunyai surat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), waris mereka boleh membuat permohonan segera.

Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Sehari

Bagi bantuan kuarantin COVID19 RM100 sehari, anda boleh mengisi borang di laman web NADMA. (Borang A & B)

Kemudian sertakan dokumen sokongan (surat kuarantin/hospital/IC/penyata gaji/sijil kematian jika meninggal).

Talian whatsapp ini khusus untuk penghantaran dokumen permohonan bantuan khas NADMA. Sebarang panggilan dan pertanyaan tidak akan dibalas. Sila baca garis panduan dengan teliti di link berikut sebelum mengemukakan permohonan.

Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana;

  1. Menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate).
  3. Hanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja layak memohon.
  4. Kuarantin/rawatan yang bermula pada 1 April 2022 adalah tidak layak.
  5. Tarikh akhir permohonan  perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada  30 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.

Pemohon Yang Tidak Layak:

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tidak dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 (Annex 14 KKM) / tidak dirawat di wad hospital (warded) kerana COVID-19 
  3. Tidak bekerja di Malaysia dan tiada pekerjaan sebelum dan semasa dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 / warded kerana COVID-19
  4. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Kuarantin COVID-19/ warded kerana COVID-19.

Baca juga: Cara Permohonan & Semakan Amaun Pengeluaran Khas KWSP

Tarikh Permohonan

Tarikh akhir permohonan  perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada  30 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.

NOTA:

  • Hanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja layak memohon.
  • Kuarantin/rawatan yang bermula pada 1 April 2022 adalah tidak layak.

Cara Permohonan

  1. Baca garis panduan dengan teliti; 
    http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf
  2. Sertakan dokumen wajib berikut;
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
    • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
  3. Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut;


Mohon pastikan Borang Akuan Kehilangan Pendapatan dilengkapkan dengan pengesahan saksi. Bagi pemohon yang menggunakan HSO MySejahtera mohon dapatkan pengesahan PKD/CAC. Borang dan dokumen yang dihantar mestilah jelas, terang dan boleh dibaca. Permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas. Permohonan berserta dokumen-dokumen lengkap yang dipos/secara online akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM Putrajaya.

  • Hantar permohonan lengkap;
     
    • melalui pos kepada;

      Ketua Pengarah
      Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
      Jabatan Perdana Menteri
      Aras 7, Blok D5, Kompleks D
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62502 PUTRAJAYA
      (u.p. : Sekretariat Bantuan Khas COVID-19)
    • Secara online di: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Baca juga: Ujian Saringan Covid-19: Harga, Senarai Klinik & Prosedur Di Malaysia

SEMAKAN STATUS

Anda boleh menyemak status Bantuan NADMA yang dimohon melalui laman web berikut: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Bagi status ‘semakan masih diproses’, semakan seterusnya boleh dibuat dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh borang lengkap diterima oleh NADMA.

Kadar Bantuan NADMA & Cara Bayaran

Kadar bantuan NADMA ialah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Bantuan NADMA ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

NOTA:

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan/bantuan-khas-covid-19 untuk info terkini tentang Bantuan NADMA.

Sebarang pertanyaan, hubungi di nombor telefon 03-8870 4800  atau e-mel di [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: