Ujian Saringan Covid-19: Harga, Senarai Klinik & Prosedur Di Malaysia

Ujian saringan Covid-19 boleh dilakukan di fasiliti kerajaan atau swasta, bergantung kepada situasi dan keselesaan anda.

Di sini kami kongsikan beberapa perkara penting tentang ujian saringan Covid-19 di Malaysia beserta kadar bayaran yang dikenakan untuk prosedur tersebut.

Siapakah Yang Perlu Membuat Ujian Saringan Covid-19?

Siapakah yang perlu membuat ujian saringan ini?

Jika anda tergolong dalam salah satu daripada 3 kriteria yang ditetapkan oleh KKM, maka anda perlu menjalankan ujian saringan, iaitu:

  1. Individu dalam siasatan (PUI),
  2. Individu baru pulang dari luar negara dan
  3. Kontak rapat yang terdedah dengan individu positif COVID-19

Untuk makluman, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengesan dan menghubungi kontak rapat untuk pengambilan ujian saringan COVID-19.

Baca juga: Awas Gelombang Ketiga! Ini Tanda COVID 19 & Apa Nak Buat Jika Bergejala

Siapakah Kontak Rapat?

Kontak rapat merupakan individu yang berhubung secara langsung dengan dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan sama ada individu yang bersemuka secara langsung dengan pesakit COVID-19 pada jarak yang kurang daripada 1 meter atau individu yang mempunyai kontak fizikal dengan kes COVID-19.

Individu yang turut dikira sebagai kontak rapat termasuk 

  • Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes positif COVID-19 TANPA memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
  • Individu yang duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 misalnya di pejabat atau di dalam kelas
  • Individu mengembara bersama dan duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes positif COVID-19 sepanjang tempoh perjalanan

Prosedur

Berikut adalah prosedur yang akan dilakukan untuk membuat ujian saringan:

  1. Petugas akan meminta anda mendonggakkan kepala dan sebatang putik kapas halus yang panjang akan dimasukkan menerusi rongga hidung anda.
  2. Sewaktu ini, anda mungkin rasa tidak selesa, ingin terbersin atau berair mata.
  3. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit jika anda memberi kerjasama yang amat baik.
  4. Selepas jalani saringan kesihatan dan ujian swab, anda akan dipakaikan gelang pengawasan
  5. Kemudian anda perlu kuarantin wajib di kediaman sendiri / hotel selama 14 hari
  6. Semasa di kediaman sendiri / hotel sepanjang kuarantin, anda perlu memantau kesihatan kendiri menggunakan Home Assessment Tool (HAT).
  7. Sekiranya bergejala hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk rawatan lanjut

Kadar Bayaran / Harga Ujian Saringan Covid-19 Di Fasiliti Kesihatan Kerajaan

Berikut adalah kadar bayaran bagi ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan kerajaan.

Bayaran tertakluk dalam [Peraturan 3 di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan COVID-19) 2020].

Harga Ujian Pengesanan COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Tindak balas berantai polimerase (Rt-PCR)
    • Warganegara – RM150 / Bukan warganegara – RM 250
  • Kit ujian pantas (RTK) Antigen
    • Warganegara – RM60 / Bukan warganegara – RM 120
  • Kit ujian pantas (RTK) Antibodi
    • Warganegara – RM30 / Bukan warganegara – RM 60

Ujian Saringan Covid-19 Percuma Di Fasiliti Kerajaan

Bayaran ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kerajaan tidak akan dikenakan kepada:

  • Penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di dalam dan luar negara.
  • Warganegara dan bukan warganegara yang disyaki positif COVID-19.
  • Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
  • Penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
  • Individu di bawah survelan bagi penyakit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/Severe Acute Respiratory Illness (SARI).
  • Pengembara dari luar negara yang mendapat pengecualian bayaran ujian pengesanan COVID-19

Senarai Klinik Yang Menjalankan Ujian Saringan Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama dengan pihak swasta dalam membendung Covid-19, di mana ujian saringan kini boleh dibuat melalui klinik, hospital dan syarikat perubatan swasta.

Berikut adalah senarai klinik dan fasiliti swasta yang boleh anda kunjungi untuk membuat ujian saringan.

  1. Senarai Klinik Perubatan Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menyediakan Health Screening Booth (Muat Turun)
  2. Senarai Klinik Perubatan Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menjalankan Screening & Triaging Bagi COVID-19 (Muat Turun)
  3. Senarai Hospital Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menjalankan Screening & Triaging Bagi COVID-19 (Muat Turun)
  4. Senarai Pusat Jagaan Ambulatori Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menjalankan Screening & Triaging Bagi COVID-19 (Muat Turun)

Baca juga: 5 Pekerjaan Kalis COVID-19 , Malah Permintaan Semakin Meningkat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan KKM di saluran berikut:

  • Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
  • Whatsapp : +60178429454
  • Email :  [email protected]
  • Waktu Operasi : 8:00 pagi – 5:00 petang
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: