Tiada Lagi Status Kuning Bagi Kontak Kasual Di MySejahtera
Pernah alami tiba-tiba status MySejahtera bertukar kuning dan dikesan sebagai kontak kasual?
Ada kedai dan hotel yang strict kadang-kadang tak benarkan mereka yang berstatus kontak kasual untuk masuk ke premis.
Jadi apa nak buat?
Jangan risau, selepas ini tiada lagi perubahan status di aplikasi MySejahtera sekiranya orang ramai dikesan sebagai kontak kasual (kuning) kepada kes positif Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy menerusi ciapan di laman Twitter beliau berkata sebaliknya individu berkenaan hanya akan menerima notifikasi memaklumkan mereka adalah kontak kasual.
“Sebelum ini apabila MySJ trace/check-in mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif, status di MySJ akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).
“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri,” katanya.
Perkara ini turut dimaklumkan oleh laman Twitter rasmi MySejahtera:
Berikut adalah notifikasi yang akan anda terima sebagai kontak kasual.
Apakah Maksud Status Kontak Kasual MySejahtera?
Status kuning MySejahtera bermaksud anda dikesan sebagai Kontak Kasual berdasarkan masa dan tempat MySejahtera Check-in.
Ia boleh terjadi disebabkan sistem mengesan kita (berkemungkinan) ada kontak dengan kes Covid-19 melalui ‘check-in’ kita di tempat-tempat tertentu.
Berikut adalah notifikasi yang akan anda terima jika dikesan sebagai kontak kasual.
Jangan risau, kontak_kasual bukanlah seperti kontak rapat.
Jadi sebagai Kontak Kasual apa yang perlu dibuat?
- Anda dibenarkan untuk memasuki premis seperti biasa.
- Tidak perlu kuarantin, boleh bekerja seperti biasa.
- Dibenarkan hadir ke PPV untuk vaksinasi.
- Tak perlu lakukan ujian C19, kecuali jika anda bergejala.
Di sini kami kongsikan cara nak tukarkan semula status kuning MySejahtera kepada biru melalui reassessment di MySejahtera Helpdesk.
Cara Tukar Status MySejahtera Kepada Risiko Rendah (Biru)
Tapi, mungkin ada antara kita yang tak pernah ke mana-mana, atau terlupa check-out beberapa hari hingga ia mungkin menyebabkan anda dikesan sebagai kontak kasual.
Langkah ini ditunjukkan oleh Nourra Khan melalui Facebook, di mana beliau berjaya mengembalikan status biru setelah 2 hari mendapat status kuning (Kontak Kasual) di MySejahtera.
Inilah status kuning yang tiba-tiba muncul pada 21 September.
Kalau diikutkan kita memang kena jawab soalan assessment selama 10 hari apabila status kita jadi kuning.
Padahal kita jadi kuning sebab kita ada pergi ke lokasi si positif pada hari yang sama positif yang dilaporkan ada pergi ke lokasi tersebut.
Jika anda tidak bergelaja atau merasakan anda mendapat status ini disebabkan kesilapan dan ingin membuat reassessment, boleh rujuk langkah di bawah.
LANGKAH 1
Pergi Ke Helpdesk MySejahtera
Pergi ke bahagian Helpdesk dan klik START.
Ada dekat ikon warna coklat di atas tu.
LANGKAH 2
Klik pada huruf K – I have questions about my risk category / health assessment.
LANGKAH 3
Klik A- I would like to redo my assessment
LANGKAH 4
Seterusnya pilih A- My health assessment (maksudnya untuk diri anda)
Kalau tanggungan anda yang dilabel sebagai kontak kasual, baru tekan untuk tanggungan dan sebagainya.
LANGKAH 5
Pilih B – To redo your health assessment
LANGKAH 6
Nyatakan sebab kenapa anda nak buat semula assessment ini. Bagilah alasan yang munasabah, contohnya anda
LANGKAH 7
Akhir sekali isikan maklumat anda beserta e-mel yang didaftarkan dengan MySejahtera.
Pastikan e-mail yang betul ya sebab sebarang maklumbalas nanti akan diberikan melalui e-mail tersebut.
Selesai tu tekan SUBMIT.
Harap bersabar ya.
Ni saya buat pagi, malam tu dah biru.
Ini latest malam 23 September terus dah bertukar jadi biru.
Semoga membantu anda yang ada masalah pada status masing-masing.
SELAMAT MENCUBA
*Sumber: Nourra Khan
Baca juga: Masih Rasa Tak Sihat Lepas Berbulan-bulan Dijangkiti, Ini Simptom ‘Long Covid’ Kena Alert