Sistem Cukai Baru Tidak Mungkin Dilaksana Tahun Ini – Tengku Zafrul
Beberapa hari ni ramai yang tanya saya pasal GST dan subsidi. Masa saya di rumah ‘Rumah Terbuka Terlajak Raya’ anjuran Kelab Media Putrajaya, rakan-rakan media pun tanya saya perkara yang sama.
Jadi, saya ulaslah sedikit sebanyak isu kajian GST yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini. Sebenarnya, Kerajaan masih mengkaji sistem percukaian yang paling sesuai termasuklah GST.
GST kini digunapakai oleh hampir 90% negara di seluruh dunia. Sekiranya sistem ini kurang baik, tidak mungkin sistem cukai ini menjadi pilihan begitu banyak negara.
Kita juga perlu ingat bahawa sebarang sistem percukaian baharu perlu diluluskan di Parlimen.
Jadi, bila kita ambilkira keperluan untuk libat urus bersama rakyat serta keperluan untuk menambahbaik sistem sedia ada, tidak mungkin sistem percukaian baharu akan dilaksanakan pada tahun ini.
Ada juga yang tanya isu subsidi, terutamanya kerana pada masa ini lebih 50% daripada subsidi bahan api dinikmati oleh golongan T20. Ini bermakna daripada RM30 bilion subsidi bahan api, lebih RM15 bilion dimanfaatkan oleh golongan T20.
Kerajaan memang bercadang untuk menambah baik pemberian subsidi melalui pendekatan yang lebih bersasar. Ini sudah tentu akan lebih memanfaatkan golongan yang mudah terjejas.
Sumber: Tengku Zafrul