Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 (2023): Tarikh & Jadual Sidang

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98: Panduan & Jadual Sidang | Sukacita dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98 akan diadakan pada 18 November hingga 14 Disember 2023 mengikut cawangan. 

Tahniah diucapkan kepada semua para graduan UiTM yang bakal bergraduasi dan menyertai istiadat Konvokesyen UiTM ke-98. 

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 (2023): Tarikh & Jadual Sidang

Majlis Konvokesyen ini diadakan bagi meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing serta untuk memberi penganugerahan untuk para graduan yang berketrampilan dalam akademik dan seumpamanya. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai panduan yang para graduan perlu tahu serta jadual sidang. 

BACA JUGA: Semakan Permohonan Kolej Pelajar UiTM & Rayuan

Tarikh & Lokasi Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98

Graduan boleh menyemak tarikh sidang mengikut cawangan/ fakulti di pautan berikut:

https://bit.ly/46IfrUc

A. UiTM Shah Alam

  • Tarikh: 18 hingga 30 November 2023 (Istiadat konvokesyen ditangguhkan pada 24 November 2023 (Jumaat))
  • Lokasi: Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

B. UiTM Cawangan Sabah: 

  • Tarikh: 7 Disember 2023
  • Lokasi: Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah

C. UiTM Cawangan Sarawak

  • Tarikh: 13 hingga 14 Disember 2023
  • Lokasi: Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak

NOTA: Istiadat konvokesyen juga akan disiarkan secara langsung di YouTube UiTM Channel, Facebook UiTM Media Rasmi dan TikTok Rasmi UiTM.

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 (2023): Tarikh & Jadual Sidang

Panduan 

Berikut ialah panduan serta perkara yang perlu dilakukan oleh para graduan yang bakal bergraduasi: 

A. Semakan Sesi Konvokesyan 

Graduan boleh menyemak sesi konvokesyen melalui pautan, UiTM Graduate Quick Search. Jika semakan pelajar mendapati sesi konvokesyen adalah pada sesi 202399 (Disember 2023), istiadat konvokesyen bagi pelajar sesi 202399 (Disember 2023) dijangka akan diadakan pada Mei/Jun 2024.(Tertakluk kepada pindaan)

B. Menjawab Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduan

Graduan sesi konvokesyen 202398 (Jun 2023) diwajibkan menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan di pautan, https://graduan.mohe.gov.my/SKPG2023/. Graduan tidak dibenarkan mengambil jubah jika tidak mengisi soal selidik tersebut.

C. Semak Yuran, Saman, Denda & Buat Bayaran

Semak yuran konvo, saman dan denda (sekiranya ada), sila buat bayaran (klik di sini) sebelum pengambilan jubah supaya pengambilan jubah anda berjalan lancar. 

     a. Panduan bayaran tertunggak

     b. Panduan bayaran bil dalam talian

D. Daftar MyAlumni

Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM. (Klik di sini).

Jadual Sidang & Tarikh Pengambilan Jubah 

Sila rujuk: Jadual Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98 dan tarikh pengambilan jubah. (mengikut cawangan/fakulti)

     a. Jadual sidang UiTM Shah Alam (mengikut cawangan/fakulti/program)

         (Penganugerahan ijazah dan diploma bagi semua graduan dari 11 UiTM         

          Cawangan di Semenanjung Malaysia akan diadakan di UiTM Shah Alam)

      b. Jadual sidang UiTM Cawangan Sabah (mengikut fakulti/program)

      c. Jadual sidang UiTM Cawangan Sarawak (mengikut fakulti/program)

NOTA: Rujuk video tatacara pemakaian jubah graduan di bawah. 

Surat Jemputan

Untuk mencetak Surat Jemputan ke lstiadat Konvokesyen UiTM ke-98, anda boleh klik pautan berikut: https://drive.google.com/file/d/1kZ_2lE1J4AAGCuyXROQJVJf0dajGvmIa/view 

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi fakulti/program masing-masing untuk maklumat lanjut, atau layari: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen 

Jangan lupa sertai Telegram Konvo UiTM ke-98. (akan dibuka mulai 23 Oktober 2023) 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: