Senarai Tempat Sering Berlaku Mati Lemas Di Malaysia – Bomba

Bersempena dengan pembukaan sempadan dan kelonggaran merentas negeri yang diberikan kerajaan, pasti ramai di kalangan kita akan mengambil peluang ini untuk berjalan atau pulang ke kampung.

Apabila di kampung pasti ada sahaja aktiviti yang akan dibuat bersama keluarga yang sudah sekian lama tidak bersemuka seperti mandi manda di air terjun, sungai mahupun pantai.

Bagaimanapun, dalam merancang aktiviti bersama keluarga untuk meluangkan masa di kampung anda perlu mengambil kira faktor keselamatan ahli keluarga disebabkan oleh cuaca hujan lebat yang tidak menentu.

Baca juga: Tarikh Cuti Penggal Sekolah / Jadual Cuti Umum Negeri

Kejadiaan ‘kepala air’ sering kali terjadi tanpa memberi sebarang isyarat mampu meragut nyawa akibat mati lemas sekiranya individu tidak sempat menyelamatkan diri.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi data Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menyenaraikan tempat sering berlaku mati lemas di Malaysi berdasarkan insiden mati lemas yang membabitkan lebih daripada 5 mangsa antara tahun 2016 sehingga 2018.

Kejadian mati lemas diselamatkan anggota Bomba

Pantai

  1. Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan (7 kematian)
  2. Teluk Bahang, Pulau Pinang (7 kematian)
  3. Pantai Nipah, Bachok, Kelantan (14 kematian)

Air Terjun

  1. Chamang, Bentong, Pahang (5 kematian)
  2. Lata Berembun, Raub, Pahang (10 kematian)
  3. Sekayu, Terengganu (11 kematian)
  4. Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor (12 kematian)

Baca juga: 45 Homestay & Chalet Dengan Private Pool Di Melaka

Sungai

  1. Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor (5 kematian)
  2. Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan (6 kematian)
  3. Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor (6 kematian)
  4. Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor (7 kematian)
  5. Sungai Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah (15 kematian)

Lombong dan Empangan

  1. Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor (5 kematian)
  2. Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor (10 kematian)
  3. Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor (10 kematian)

Sumber: Awani

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: