Kod Negeri Kelahiran Di Kad Pengenalan Malaysia – JPN

kod negeri kelahiran jpn

KOD NEGERI DI KAD PENGENALAN MALAYSIA (MYKAD)

Setiap negara mempunyai kad pengenalan diri yang dilengkapi dengan ciri tersendiri bagi memastikan setiap warganegaranya mempunyai rekod yang sah.

Ia juga berfungsi untuk urusan pengenalan diri membabitkan perjalanan ke luar negara selain rekod digunakan oleh pihak berkuasa.

Sama juga di negara kita, sistem kad pengenalan sudah diguna pakai sejak tahun 1948, di mana pada ketika itu ia bertujuan menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis.

Maksud Nombor Kad Pengenalan

Selain dilengkapi dengan ciri khas keselamatan, kad pengenalan juga dikeluarkan dengan nombor yang mempunyai maksud tertentu.

Seperti contoh, 6 nombor di awal adalah merujuk kepada tahun, bulan dan hari kelahiran.

Tahukah anda apakah maksud nombor yang terdapat di bahagian tengah kad pengenalan?

Ya, ia adalah kod negeri kelahiran yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Setiap negeri mempunyai kod tersendiri dan kebanyakan negeri mempunyai lebih daripada satu kod nombor.

kod negeri kelahiran jpn

Kod Negeri Dalam Kad Pengenalan / IC (MyKad)

Berikut adalah kod negeri dalam kad pengenalan Malaysia yang dirujuk melalui laman web JPN.

blank
Negeri KelahiranKod
Johor01, 21, 22, 23, 24
Kedah02, 25, 26, 27
Kelantan03, 28, 29
Melaka04, 30
Negeri Sembilan05, 31, 59
Pahang06, 32, 33
Pulau Pinang07, 34, 35
Perak08, 36, 37, 38 , 39
Perlis09, 40
Selangor10, 41, 42, 43, 44
Terengganu11, 45, 46
Sabah12, 47, 48, 49
Sarawak13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan)15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya)16
Negeri Tidak Diketahui82

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Online JPN. Mudah & Cepat Dalam Tempoh PKP

Maklumat Lanjut

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 
Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): pro