Cara Daftar Kelahiran Online JPN & Semakan Status MyKid

CARA DAFTAR KELAHIRAN ONLINE JPN

Berita baik untuk semua yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda kini boleh membuat pelbagai urusan secara atas talian.

daftar kelahiran online

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara daftar kelahiran online (secara atas talian) melalui Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) https://www.jpn.gov.my

Cara Permohonan Pendaftaran Kelahiran Online JPN

daftar kelahiran online jpn
  1. Layari Portal JPN : https://www.jpn.gov.my
  2. Klik pada pautan Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam
    Talian di bawah menu Perkhidmatan “Dalam Talian”
  3. Pilih Pendaftaran Kelahiran Online (atau terus scan QR code dalam poster di atas).
  4. Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my
  5. Paparan utama laman sesawang sistem adalah seperti yang tertera di bawah.
  6. Pengguna perlu mendaftar di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan log masuk ke sistem.
    • i. Klik butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar bagi kali pertama; atau
    • ii. Klik Log Masuk jika sudah mendaftar
    • *(Rujuk panduan bergambar di bawah untuk mendaftar)
  7. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
  8. Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran
    • i. Pastikan ruangan nama penuh di lengkapkan dengan nama sama seperti di kad pengenalan dan;
    • ii. Alamat emel yang di berikan adalah wujud untuk tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun.
  9. Pengguna akan menerima emel dari [email protected].
  10. Sila klik pada butang yang tertera bagi mengaktifkan akaun anda.
  11. Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  12. Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan perjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
  13. Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  14. Pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

PANDUAN BERGAMBAR DAFTAR KELAHIRAN ONLINE JPN

Langkah 1

Mula-mula pergi ke laman web JPN atau klik terus ke pautan ini : https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran

Paparan pop-up ni akan keluar. Tekan je OK.

Langkah 2

Nanti akan keluar satu lagi pop-up macam di bawah. Klik butang ‘Always Show’ tu.

Nota: Jangan tekan pangkah tau! Kalau pangkah nanti tak boleh nak akses portal tu.

Langkah 3

Bila kita dah tekan ‘Always Show’ tu nanti baru akan keluar menu ‘Daftar Pengguna Baru’. Klik situ.

Nanti kita akan dibawa ke Portal MyGovernment.

Langkah 4

Kat sinilah kita kena daftarkan maklumat untuk akses Portal JPN tu.

Jangan risau, portal myGovernment ialah Portal Kerajaan Malaysia yang selamat ok!

Langkah 5

Bila dah siap isikan maklumat, akan dapat notis macam ni.

Jadi, kita kena buka e-mel untuk aktifkan pendaftaran.

Dalam e-mel akan dapat macam ni. Klik je kat kotak biru tu.

Kemudian bolehlah aktifkan ID kita yang didaftarkan tadi.

Masukkan no IC dan password.

OK! Sekarang baru boleh klik ‘Log Masuk’ dekat website JPN tadi.

Guna no IC dan password yang kita daftar tadi ok.

Dah dapat QR code ni maksudnya dah berjaya daftar ID.

Ok sekarang bolehlah login ke Portal JPN tadi tu semula.

Rujuk step kat bawah ni pula untuk isi borang.

Cara Isi Borang Daftar Kelahiran Online JPN

Langkah 1

Pergi semula ke laman web JPN tadi atau terus ke pautan https://osdftrlhr.jpn.gov.my/indexi.php

Sila baca semua terma & syarat yang telah disenaraikan.

Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang ‘Setuju’ untuk meneruskan permohonan.

Langkah 2

Pengguna perlu melengkapkan borang tersebut, dan klik butang “Seterusnya”.

Teruskan dan klik butang “Daftar”.

Lengkapkan status Taraf Perkahwinan dan klik butang “Daftar”.

Seterusnya anda perlu mengisi maklumat kelahiran yang akan dipaparkan seperti di bawah:

daftar kelahiran
daftar kelahiran

Setelah mengisi semua maklumat, anda akan menerima notifikasi PERMOHONAN ANDA TELAH BERJAYA.

Berikut adalah paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.

daftar kelahiran online jpn

Sila simpan / screenshot no slip permohonan yang diberikan untuk ditunjukkan kepada pegawai di Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan.

Cetak slip permohonan yang diberikan.

Anda perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran negara yang berdekatan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran.

*Rujuk manual oleh Jabatan Pendafataran Negara JPN di SINI.

Semakan Status MyKid

Sekiranya anda telah membuat permohonan online mahupun manual, anda boleh membuat semakan terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada MyKid sedia untuk diambil.

semakan mykid

Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan: https://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan no Captcha yang tertera dalam kotak di bawah.
  3. Klik butang SEMAK.
  4. Anda akan melihat status permohonan yang tertera.
semakan mykid

Maklumat Lanjut

Selain pendaftaran kelahiran, lain-lain sistem online yang diperkenalkan oleh JPN adalah:

Untuk maklumat lanjut tentang cara daftar kelahiran online JPN atau sistem perkhidmatan online yang lain, sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di saluran berikut:

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

Sepanjang tempoh ini, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu Sahaja.

Permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada [email protected].

Baca juga: Mudah Je! Wanita Kongsi Cara Register Tiktok Shop Tanpa 1k Follower

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: