Mudah Je! Wanita Kongsi Cara Register Tiktok Shop Tanpa 1k Follower

CARA REGISTER TIKTOK SHOP TANPA 1K FOLLOWERS

Umumnya ramai yang tahu bahawa antara platform media sosial yang paling ramai pengguna adalah Tiktok.

Ia bukan sahaja digunakan untuk berhibur dan bersosial, tetapi Tiktok juga adalah platform yang sangat berpotensi untuk anda berniaga.

Jadi, sudahkan anda membuka kedai online di Tiktok @ TiktokShop?

Kalau belum, di sini kami paparkan langkahnya yang dikongsikan oleh Mcyah Joanjett di Facebook.

Cara Register TikTok Shop Dengan Cepat & Mudah, Tanpa Perlu 1k Follower

Menurut pengguna media sosial Mcyah Joanjett, terdapat 2 cara untuk anda mendaftar TiktokShop, iaitu :

  1. Melalui akaun TikTok yang sedia ada
  2. Melalui Google

Jika anda mempunyai akaun Tiktok dan ingin mendaftar melalui akaun Tikok, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1000 followers.

Jika tidak, anda boleh membuka kedai Tiktok ini melalui Google saja.

Salah satu lagi syarat adalah anda perlu berusia 18 tahun ke atas ya.

Ok di sini ditunjukkan langkah membuka kedai online di Tiktok melalui Google tanpa perlu menunggu 1000 followers.

LANGKAH 1

Sila ke Google dan taipkan “register tiktok shop seller center’ atau terus ke pautan https://seller-my.tiktok.com/

cara register tiktok shop

LANGKAH 2

Sila isikan maklumat pada ruang kosong seperti dalam paparan berikut.

cara register tiktok shop

Masukkan no telefon dan kod verifikasi yang akan dihantar ke no telefon yang didaftarkan tadi.

cara register tiktok shop

cara register tiktok shop

LANGKAH 3

Isikan jenis perniagaan dan nama kedai TikTokShop yang ingin didaftarkan.

cara register tiktok shop

Bahagian perniagaan tu pilih “Individually-owned Business”.

Kemudian tekan Submit. Kalau dapat notis macam di bawah ni maksudnya status pendaftaran tu masih dalam semakan.

cara register tiktok shop

LANGKAH 4

Semak e-mel anda. Jika dah berjaya daftar, anda akan terima e-mel seperti di bawah ni.

cara register tiktok shop

LANGKAH 5

Bila dah berjaya, boleh terus download apps TikTokSeller melalui Playstore Store atau Apple Store.

LANGKAH 6

Seterusnya log masuk ke apps tadi menggunakan Tiktok atau Phone & email yang telah anda daftarkan sebelum ini.

LANGKAH 7

Kemudian anda boleh link kan akaun shop tadi dengan akaun Tiktok anda.

Klik “Authorize” untuk meneruskan proses tadi.

LANGKAH 8

Kemudian bila keluar paparan seperti di bawah bolehlah anda mula memasarkan produk anda.

LANGKAH 9

Apabila anda upload barang jualan di Tiktok Shop, barang tersebut akan automatik terpampang di Tiktok yang kita link kan tadi.

Di akaun Tiktok biasa tu tak boleh upload produk atau pantau order yang masuk, semuanya kena check di apps TiktokShop tadi ya.

Cara Promosi Produk & Letak Link Dalam Video

Dalam perkongsian tersebut, turut dikongsikan beberapa cara untuk mempromosikan produk jualan anda.

Caranya ialah dengan meletakkan link produk pada video Tiktok Anda.

Cara nak letakkan link semasa upload video adalah seperti berikut:

LANGKAH 1

Upload video seperti biasa.

Klik “Add link” sebelum anda post video.

LANGKAH 2

Klik pada ikon “Product”

LANGKAH 3

Anda juga boleh mempromosikan produk ketika LIVE.

Ada butang yang sama untuk anda paparkan ketika sesi LIVE berlangsung. (Rujuk gambar di bawah).

Inilah contoh order yang akan masuk melalui Tiktok Shop nanti.

Mudah kan?

Yang penting, tiada caj dikenakan untuk membuka Tiktok Shop anda. Jadi, bolehlah kita manfaatkan bersama-sama untuk mencari rezeki yang halal.

Selamat mencuba!

Kredit: Facebook Mcyah Joanjett

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: