Cara Dapatkan Semula Gambar Yang Terpadam Di Whatsapp

CARA RECOVER / RESTORE / DAPATKAN SEMULA GAMBAR YANG TERPADAM DI WHATSAPP

Pada waktu ini, kita sangat mengharapkan komunikasi melalui Whatsapp tak kiralah untuk berhubung dengan keluarga atau tentang hal berkaitan kerja. Ada masanya rimas juga bila tengok banyak sangat gambar yang disimpan dalam Whatsapp.

Namun, timbul pula masalah lain bila kita terpadam gambar yang penting! Macam mana nak dapatkan gambar yang sudah dipadam ya?

Di sini kami akan kongsikan beberapa cara untuk restore balik gambar yang telah dipadam dari Whatsapp.

Secara tetapan default, biasanya Whatsapp di Android mahupun iPhone akan download gambar secara automatik. Bila anda sudah terpadam gambar di Whatsapp, anda cuba dulu cari di Gallery, Camera Roll  atau Google Photos.

Mungkin jarang yang memakai Cloud Storage, namun ia membantu pada waktu-waktu kecemasan seperti ini. Jika anda sync handphone dengan Cloud Storage, anda boleh juga cuba cari di situ.

Di Cloud Storage, cubalah cari di folder berkaitan seperti Camera Roll, Camera Uploads atau Gallery.

Cara # 2 : Minta Semula Gambar Dari Contact Whatsapp Berkaitan

Hanya disebabkan anda tertekan pilihan “Delete For Me” di Whatsapp, ia tak bermakna gambar itu terpadam serta merta untuk semua.

Jika anda bernasib baik, anda mungkin boleh dapat semula gambar daripada contact atau group Whatsapp yang ada gambar yang anda perlukan. Anda boleh minta mereka forward semula gambar tadi.

Sekarang, pilhan “Delete For Everyone” telah diganti kepada tick boxDelete media in this chat”. Jika anda tak tick box itu, barangkali penerima atau ahli group Whatsapp masih simpan gambar tersebut.

gambar whatsapp terpadam

Kalau anda sudah terpadam, cepat-cepat minta pada contact Whatsapp berkaitan, takut-takut mereka pun terpadam juga gambar yang anda mahukan.

Cara # 3 : Restore Semula Gambar Terpadam Menggunakan Whatsapp Backup

Jika contact anda tidak simpan gambar yang terpadam itu, cara terbaik untuk dapatkan kembali gambar ialah dengan menggunakan backup. Kedua-dua Whatsapp untuk Android dan iOS ada backupnya tersendiri melalui Google Drive atau iCloud.

Harapan anda untuk dapatkan gambar juga semakin cerah jika anda baru saja terpadam gambar tersebut. Satu perkara perlu diingat, cara ini boleh dilakukan hanya bagi pengguna Whatsapp yang sudah enable feature “Whatsapp’s backup” dan pernah backup sebelum ini.

Cara Backup Whatsapp di Handphone Anda

1. Buka Whatsapp anda dan pergi ke Setting. 

2. Pilih Chats

gambar whatsapp terpadam

3. Tekan Chat Backup

4. Di sini anda boleh ketahui bila kali terakhir anda backup chat di Whatsapp. Anda juga boleh set kekerapan untuk backup data Whatsapp.

5. Jika anda terpadam gambar sejak backup terakhir, anda boleh uninstall dan install semula Whatsapp untuk restore gambar yang hilang.

6. Bila anda install semula Whatsapp, anda akan diminta untuk confirmkan semula nombor telefon. Kemudian, anda akan diberi pilihan untuk restore semula data dari backup.

7. Pilih untuk restore, dan Whatsapp akan kembalikan semua message dan gambar yang ada sebelum backup terakhir.

gambar whatsapp terpadam

Kredit Foto : knowitinfo.com

8. Jika anda tak bernasib baik dan telefon anda sudah jalani backup selepas anda terpadam gambar, maka hilanglah gambar itu selamanya.

Baca juga: Cara Hide Status Whatsapp Hanya Kepada Orang Terpilih Saja

Cara #4 : Dapatkan Semula Gambar dari Storage Phone (Android Sahaja)

Secara tetapan default di Android, Whatsapp akan simpan semua gambar yang anda hantar dan terima pada satu folder khas.

Anda boleh cari folder tersebut dengan lebih mudah menggunakan aplikasi seperti Files By Google atau X-plore File Manager.

Setelah anda download salah satu aplikasi, cari gambar menggunakan langkah berikut :

Internal Memory > Whatsapp > Media > Whatsapp Images

cara dapatkan semula restore gambar whatsapp terdelete

Kredit Foto : makeuseof.com

Melalui cara ini, anda bukan sahaja boleh cari gambar, anda juga boleh cari video atau audio yang anda terpadam sebelum ini di folder seperti Whatsapp Video atau Whatsapp Audio.

Baca juga: Cara Buat Pelbagai Tulisan (Font) Di Whatsapp Tanpa Aplikasi

Mudah Kan? Selamat Mencuba!

Begitulah beberapa pilihan cara yang anda boleh cuba untuk dapatkan semula gambar yang hilang.

Walaupun sesetengah pengguna handphone jarang utamakan Cloud Storage dan backup Whatsapp, namun ia sangat berguna untuk waktu-waktu kecemasan ketika anda perlu kembalikan gambar yang hilang.

Oleh itu, tetapkanlah waktu yang sesuai untuk backup data di Whatsapp dan synckan handphone anda menggunakan Cloud Storage atau iCloud.

Dengan cara ini, jika handphone anda rosak atau hilang sekalipun, peluang untuk kembalikan data dan media di Whatsapp lebih cerah, lebih-lebih lagi jika anda sangat bergantung kepada aplikasi ini saban hari. Selamat mencuba!

Sumber rujukan :
https://www.makeuseof.com/tag/recover-whatsapp-photo-video/?utm_source=MUO-FB-P&utm_medium=Social-Distribution&utm_campaign=MUO-FB-P

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: