Cara Buat Tulisan Bold, Italic & Stylish Font Di Facebook Tanpa Apps

CARA MEMPELBAGAIKAN TULISAN DI FACEBOOK (BOLD, ITALIC & STYLISH FONT)

Anda bosan dengan font di ‘post’ Facebook anda?

Mahu tarik perhatian follower atau nak gunakan tulisan Bold untuk pengumuman penting / iklan di Facebiom ‘post’ dan status anda?

Sebenarnya anda boleh pelbagaikan ‘font’ di Facebook anda dengan cara yang cukup mudah!

Jom kami kongsikan langkahnya di bawah.

Cara Buat Tulisan Bold, Italic & Font Cantik Di Facebook (Stylish Font)

Untuk menggunakan tulisan cantik atau font unik di Facebook, kita tak perlu ‘download’ aplikasi lain.

Kita boleh gunakan pelbagai font generator secara percuma dan hanya perlu ‘copy’ dan ‘paste’ post anda ke sebuah laman web dan terus post ke profil Facebook kita.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakan pelbagai tulisan fancy dan menarik perhatian di Facebook.

LANGKAH 1

i) Tulisan Bold / Italic Di Facebook

Tulisan bold atau Italic biasa kita gunakan untuk memberi penekanan pada sesuatu posting di FB supaya maklumat yang dipaparkan lebih menonjol.

Dalam bisnes, selalunya ia digunakan untuk iklan-iklan kerana kelihatan formal dan memudahkan pembaca.

(Lihat contoh di bawah).

Untuk membuat tulisan tebal / Italic di Facebook, anda boleh gunakan laman web ini:

ii) Tulisan Cantik / Fancy di Facebook

Tulisan cantik yang stylish pula selalunya digunakan untuk ucapan hari lahir, status Facebook atau perbualan tidak formal.

Untuk membuat tulisan jenis FANCY / UNIK, anda boleh cuba salah satu daripada laman web berikut:

tulisan cantik facebook

LANGKAH 2

Tuliskan atau ‘paste’ kandungan post anda di ruangan kosong yang disediakan ‘Normal text goes here..’.

Setelah selesai menulis, anda akan dapat banyak pilihan fonts menarik berdasarkan kandungan tadi di ruangan ‘And fancy text fonts will appear here..’

Skrol lagi ke bawah untuk lihat lebih banyak ‘fonts’ untuk anda pilih.

tulisan cantik facebook

LANGKAH 3

Pilih ‘font’ yang anda sukai dengan ‘select’ dan ‘copy’.

Kemudian, pergi semua ke Facebook anda dan paste dan klik ‘post’ untuk lihat hasilnya!

LANGKAH 4

Anda juga boleh gunakan beberapa jenis ‘font’ menarik untuk diletakkan dalam satu ‘post’!

Caranya sama, cuma copy dari laman web tadi dan susunkan font mengikut kreativiti anda.

Fonts yang menarik ini bukan sahaja boleh digunakan di Facebook sahaja.

Anda juga boleh gunakan di mana-mana sosial media yang anda sukai seperti Twitter, Instagram dan termasuklah Whatsapp.

Nak paste dekat Microsoft Word pun boleh juga.

SIAP!

tulisan bold facebook
tulisan bold facebook

Font dari laman web lingojam.com ini juga sesuai digunakan bagi yang ingin memberikan ucapan perayaan atau sambutan hari istimewa kepada rakan dan keluarga.

Font menarik ini sangat sesuai untuk digunakan bagi yang ingin mengiklankan produk  di media sosial. Font yang menarik serta lain daripada yang lain ini semestinya dapat menarik perhatian pembaca.

Jangan lupa untuk cuba font menarik untuk ceriakan profil Facebook dan laman sosial anda yang lain!

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: