Terkejut Sudah Berbelanja Sebanyak RM35,902. Lelaki Ini Tunjuk Cara Semak Jumlah Wang Dibelanjakan Di Shopee
Pembelian zaman ini semakin mudah dengan adanya platform membeli belah atas talian seperti FB Marketplace, mudah, Lazada dan Shopee.
Di tambah dengan waktu pandemik ini yang mana tidak selamat untuk kita keluar tanpa keperluan, banyak keperluan harian kita dibeli secara atas talian sahaja.
Ini merupakan petanda yang bagus kerana ianya mendidik rakyat menjalani kehidpan seiring seiring dengan perkembangan teknologi.
Namun disebalik kebaikannya, ada juga keburukannya. Disebabkan adanya aplikasi membeli belah atas talian ini, banyak juga antara kita yang berbelanja secara berlebihan dan mengutamakan kemahuan daripada keperluan.
Melalui satu bebenang yang dibuat di laman Twitter oleh @faizedzahar berkongsi cara semak jumlah wang dibelanjakan di Shopee.
Dia juga memaklumkan bahawa dia sendiri telah berbelanja sebanyak RM35,902.78 sepanjang menggunakan aplikasi Shopee.
Aku terjumpa 1 tools yang molek untuk tahu berapa RM kita dah spend kat Shopee.
— FE (@faizedzahar) October 6, 2021
Jumlah aku dah belanja sebanyak RM35902.78. Banyak gila!
Siapa nak kira belanja Shopee dia, mari aku ajar dalam thread.
Anda juga boleh menyemak perbelanjaan anda di Shopee melalui cara yang dikongsi oleh @faizedzahar di bawah. Anda hanya boleh menggunakan desktop untuk melakukan semakan.
LANGKAH 1
Muat turun kod seperti di bawah untuk pengiraan jumlah perbelanjaan akaun Shopee. Anda boleh muat turun di laman GitHub dan tekan butang copy seperti gambar di bawah.
LANGKAH 2
Log masuk akaun Shopee anda menggunakan Google Chrome di komputer atau laptop.
LANGKAH 3
Selepas log masuk akaun Shopee anda, anda klik kanan tetikus anda di mana-mana halaman Shopee dan pilih inspect. Kemudian klik pada tab console.
LANGKAH 4
Di paparan console anda paste kod yang telah di copy tadi dan tekan enter. Kod tadi akan membuat pengiraan dan mengambil masa minit.
LANGKAH 5
Setelah kod tadi selesai membuat pengiraan, anda boleh melihat senarai setiap barang yang telah dibeli secara automatik dan jumlah keseluruhan juga boleh dilihat pada bahagian bawah.
Terkejut atau tidak dengan jumlah perbelanjaan anda di Shopee? Jika ya, apapun jumlahnya jadikan pastikan ianya menjadi pengajaran untuk kita berbelanja secara berhemah dan mengutamakan keperluan daripada kemahuan.
Baca juga: