Ini Ciri Paling Menarik Pada Windows 11 Yang Terbaharu!

Pada 25 Jun yang lepas, Microsoft telah memperkenalkan sistem operasi peranti mereka yang terbaharu iaitu Windows 11 setelah sekian lama menggunakan Windows 10 pada 2015.

Sistem operasi Windows 11 ini bakal memasuki pasaran pada penghujung tahun ini namun versi beta akan mula diluncurkan mulai minggu depan kepada pengguna.

Menurut sumber dari Microsoft juga, Windows 11 secara percuma bakal dinikmati oleh pengguna Windows 10 versi terkini bermula tahun ini sehingga awal tahun 2022.

Namun kepada sesiapa yang berdaftar dengan Windows Insider bakal menerima kemas kini Windows 11 seawal 28 Jun ini.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memeriksa dengan teliti dahulu sebelum muat turun kerana terdapat spesifikasi minimum komputer yang menyokong Windows 11 ini.

Ciri-Ciri Menarik Pada Windows 11

Windows Store Terbaharu

Microsoft menawarkan Windows Store baharu bakal membolehkan pembangun perisian menggunakan sistem pembayaran terus dari aplikasi mereka sendiri tanpa perlu membayar komisen kepada Microsoft.

Pembaharuan Untuk ‘Gamers’

Sistem operasi yang terbaharu bakal menggunakan saiz 40 peratus lebih kecil. Pengurangan ini bakal menawarkan pengalaman permainan lebih lancar dan laju ditambah pula dengan sistem keselamatan yang lebih baik.

Antaramuka Lebih Kemas

Windows 11 masih mengekalkan ciri-ciri mesra skrin sentuh seperti Windows 10. Ciri susun atur dan antara muka pada Windows 11 ini lebih tampak moden dan lebih kemas.

Menyokong Aplikasi Android

Dengan kerjasama Amazon Appstore, Microsoft memperkenalkan ciri paling menarik pada Windows 11 iaitu ianya menyokong aplikasi Android terus dari komputer. Keupayaan ini merupakan hasil dari teknologi Intel Bridge, jelas Microsoft.

Pengguna boleh integrasikannya applikasi yang dibuat turun pada Start ataupun taskbar. Namun, bilangan aplikasi yang boleh dimuat turun terhad pada peringkat awal ini.

Menurut sumber lain melaporkan Windows 11 ini juga bakal membolehkan anda memuat turun aplikasi lain di Microsoft Store secara “sideloading“.

Pastinya ciri-ciri ini bakal menjadi satu kelebihan kepada Windows 11 terutamanya bagi pengguna Windows Phone yang mengharapkan sokongan aplikasi Android pada peranti Windows.

Sumber: Windows, Android Police

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: