ShopeeFood Perkhidmatan Pesanan Makanan Terbaharu Dari Shopee!

Terbaharu Shopee akan memperluaskan lagi pasaran mereka di Malaysia di dalam perkhidmatan pesanan makanan di Malaysia dengan memperkenalkan ShopeeFood.

Antara dua lokasi terawal yang akan disokong adalah Kuala Lumpur dan juga Selangor sebagaimana iklan yang dibuat oleh Shopee untuk mencari rakan penghantar ShopeeFood.

Siapa tidak kenal dengan aplikasi Shopee yang merupakan aplikasi membeli belah nombor satu di Malaysia. Setiap bulan ada sahaja jualan murah yang dibuat. Malah pembelian daripada luar negara menjadi murah sejak adanya aplikasi ini.

Langkah ini bakal memperlihatkan pertambahan persaingan di dalam industri ini yang sebelum ini kebanyakannya di pelopori oleh GrabFood, FoodPanda dan sejumlah syarikat lain.

ShopeeFood sebelum ini sedia diperkenalkan di Indonesia. Seperti juga aplikasi perkhidmatan pesanan makanan yang lain, ShopeeFood akan membolehkan penggunakan membuat pesanan makanan untuk dihantar terus ke rumah.

Pengenalan dilihat akan memberikan peluang menjana pendapatan untuk rakan penghantar disebalik pandemik yang berlaku di mana ramai orang kehilangan pekerjaan.

Sesiapa yang ingin menjadi rakan penghantar boleh mendaftarkan diri anda di link ini.

Apakah dengan kewujudan ShopeeFood akan memberi kesan kepada populariti GrabFood, FoodPanda dan sejumlah syarikat lain yang sudah sedia ada dalam industri ini? Sama-sama kita lihat bagaimanakah penyertaan ini akan menguntungkan para pengguna di Malaysia.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: