Penipuan Perigi Wakaf Cambodia, Binaan Dipecahkan Lepas Ambil Gambar
PENIPUAN SIINDIKET / SCAM WAKAF PERIGI CAMBODIA
Seperti yang kita tahu, pahala wakaf sangat besar dan akan tetap mengalir walaupun setelah meninggal dunia.
Disebabkan itu, ramai rakyat Malaysia yang pemurah dan ingin merebut peluang untuk berwakaf secara online, terutamanya apabila zaman ini lebih mudah dan banyak pihak yang menjalankan urusniaga secara online.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”
Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i.
Pahala sedekah jariah akan terus mengalir kepada orang yang melakukannya sedangkan sedekah lain, pahalanya tidak berterusan mengalir seperti sedekah amal jariah atau wakaf. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 10/87)
Walaubagaimanapun, difahamkan terdapat pihak yang telah menyalahgunakan kesempatan ini dengan menjalankan aktiviti penipuan dengan hasil sumbangan tersebut.
Menurut perkongsian Peach Masri di Facebook, beliau mendapat bukti gambar daripada proksi (wakil yang diberi kuasa) mereka sendiri di Cambodia.
Ikuti perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini:
Penipuan Perigi Wakaf Di Cambodia
Gambar diambil oleh proksi kami di sebuah kampung di Cambodia. Beliau mencari penerima yang layak di ceruk kampung untuk projek perigi sahabat kami dan terjumpa dengan senario ini.
Binaan batu tanpa pam yang telah dipecahkan.
Kemudian, letak baldi ada air dan panggil penduduk ambil gambar. Ada yang letak pam substandard yang tak berfungsi atau langsung tiada pam macam kes di atas. Orang kampung adu macam tu kepada proksi.
Al maklum projek wakaf perigi sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia yang pemurah.
Sebab itu saya sangat skeptikal dengan iklan berbayar di FB dan IG yang berkempen untuk wakaf perigi. Atau individu yang tak di kenali dari Cambodia request friend atau hantar mesej di messenger. Banyak kali hampir kena scam.
Kami pastikan kami bekerja dengan proksi yang terpercaya sahaja.
Ada sahabat kirim buat pam untuk ibunya di Vietnam. Siapa yang nak join sekali, satu perigi dan pam hanya RM1000.
Whatsapp ya. Messenger jarang buka. Banyak benor mesej minta duit..
Menjengah di ruangan komen, ramai yang marah dan geram dengan tindakan pihak berkenaan.
Jika anda perasan, sebelum ini Berita Harian juga pernah mendedahkan sindiket ini dalam sebuah laporan terkini bertarikh 2 Februari 2021.
Pendakwah yang juga Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung, mendakwa kewujudan sindiket yang mengambil kesempatan terhadap kemurahan hati umat Islam di negara untuk ‘membuat’ duit.
Beliau berkata, hal itu didedahkan kepadanya ketika berada di negara berkenaan bersama beberapa aktivis dan pendakwah tempatan.
Apa yang berlaku, meskipun sudah menerima wang sumbangan daripada rakyat Malaysia, sindiket tidak membina telaga baharu, sebaliknya hanya mengecat semula telaga sedia ada.
“Terlalu ramai dari Malaysia memberikan derma untuk membuat telaga di Kemboja. Permulaannya baik tetapi akhirnya ia menjadi lubuk buat duit.
“Sindiket ini hanya membuat perubahan kosmetik kepada telaga sedia ada dan kemudian wakil di Kemboja meletakkan logo atau nama individu yang menaja dan begitulah seterusnya.
“Gambar memberi 1,000 makna dan begitulah caranya sindiket ini membuat penipuan. Mereka ambil gambar dengan caption (keterangan) dan kemudian tertipulah orang ramai melalui mainan emosi,” katanya.
Baca juga:
- Gerhana Bulan Paling Lama Abad Ini Bakal Berlaku Pada 19 November
- ‘Bunuh Kena 6 Tahun Je?’ Peguam Jelaskan Kes Mayat Bayi Disorok Dalam Peti Sejuk
Banyak Pahala Wakaf, Cuma Lebih Elok Jika Lebih Berhati-hati
Benar jika niat ikhlas, kita akan diberi ganjaran oleh Allah tetapi pada masa sama perlu berusaha memastikan infak diberi tidak dieksploitasi mana-mana sindiket.
Jadi bagi yang ingin berinfak pastikan NGO dipilih ada hubungan rapat dengan intitusi agama atau kerajaan tempatan di negara mereka melakukan dakwah dan kebajikan.
Sumber: Facebook Peach Masri, Berita Harian