Ini Senarai Penuh Logo-logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh JAKIM

Bila bercuti ke luar negara terutamanya negara bukan Islam, perkara paling sukar dibuat adalah untuk mencari sumber makanan yang halal. Kewujudan restoran halal itu sangat sedikit dan kebanyakannya tertumpu di tempat-tempat yang penuh dengan pelancong sahaja.

Namun ada sesetengah restoran mengambil kesempatan dengan menipu dan tidak jujur. Ada sesetengah restoran menghidangkan makanan halal bercampur dengan makanan tidak halal dan menggunakan peralatan memasak yang sama makanan halal dan tidak halal lantas terus meletakkan logo halal di premis mereka.

Bila anda ke pasaraya untuk membeli bahan mentah pula, mungkin anda keliru dengan status halal haram produk yang dipasarkan di sana. Ini kerana ada sesetengah makanan di luar negara nampak halal tetapi hakikatnya mengandungi bahan haram.

Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam yang betanggung jawab dalam memastikan status halal membabitkan industri makanan telah barkongsi 84 logo halal daripada 46 buah negara di seluruh dunia yang disahkan oleh JAKIM.

Dengan adanya senarai logo halal yang diiktiraf JAKIM ini, anda yang pelancong di luar negara tidak perlu lagi risau dengan status makanan, produk atau perkhidmatan yang disedaikan dipresmis ataupun pasaraya di luar negara.

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Selain itu, senarai logo halal ini dapat membantu para pengimport makanan halal dari luar negara untuk mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM, bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.

Pengguna juga boleh muat turun dalam format .pdf, senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat 01 Disember 2020. Anda boleh menyimpan di telefon pintar info logo-logo halal diiktiraf JAKIM, di negara yang akan dikunjungi. klik link download ini.

Mudahkan? Walaupun begitu, kemudahan makanan halal diluar negara bukan mudah yang disangka. Jadi persediaan seperti membawa makanan sendiri atau masak sendiri perlu supaya anda tidak kebulur dikemudian.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: