Cara Lajukan Phone Yang Asyik ‘Hang’ & Berat. Buang Yang Tak Perlu!
CARA LAJUKAN PHONE DENGAN MUDAH TANPA APPS
Memang stres kan kalau phone kita tu asyik ‘hang’ dan lambat nak loading. Selalunya perkara ini terjadi apabila dah banyak sangat memory yang digunakan. Tapi dah banyak gambar dan video kita dah buang, tetap juga slow!
Ini cara lajukan phone yang boleh anda cuba – iaitu dengan membuang memory yang tidak diperlukan.
Sebenarnya, selain dalam Gallery, ada lagi tempat penyimpanan untuk menyimpan segala data yang tidak lagi kita perlukan.
Melalui artikel ini, kami kongsikan tips oleh Hafizi Zain yang trending di TikTok.
Jom tengok caranya!
Cara Lajukan Phone & Buang Memory Yang Tak Perlu Tanpa Guna Apps
LANGKAH 1
Pergi ke bahagian Setting telefon anda.
LANGKAH 2
Klik pada menu Apps dan nanti akan keluar semua apps yang kita dah install.
Kalau sesetengah phone tak ada menu Apps, boleh juga klik pada App Management macam dekat bawah ni.
LANGKAH 3
Klik bahagian tepi untuk tengok fail yang paling besar, kita Sort By Size.
Secara automatik, fail paling besar akan berada paling atas sekali.
LANGKAH 4
Bila dah tahu memory yang paling besar, kita klik dekat situ – contohnya Facebook. Kemudian klik Storage.
LANGKAH 5
Sekarang kita klik Clear Cache.
Secara automatik, bahagian cache akan menjadi kosong.
SIAP!
Apabila file di dalam telefon dah ‘dibersihkan’, barulah telefon akan menjadi lebih lancar dan tiada lagi masalah ‘hang’ atau berat.
Rujuk video penuh beliau di bawah:
Selamat mencuba!
Sumber: Hafizi Zain (https://www.tiktok.com/@hafizi.zain/video/6993893438475308315)
NOTA TAMBAHAN
- Cache adalah data bersifat sementara yang disimpan pada penyimpanan internal smartphone.
- Fungsi data cache ini adalah untuk mencatat semua aktiviti pada aplikasi yang digunakan.
- Cache sebenarnya boleh membantu mempercepatkan smartphone untuk mengakses aplikasi. Tapi, data cache yang terlalu besar boleh membuat smartphone menjadi perlahan.
- Ini kerana, cache memakan memori internal, proses loading akan menjadi lebih lama, lebih-lebih lagi kalau datanya banyak.
- Jadi, sebaiknya kita boleh menghapus data cache secara rutin. Tak perlu setiap hari, kamu cukup melakukannya 2 hari sekali atau seminggu sekali saja ok!
Baca juga: