in

Perubahan Sistem Unifi Mobile Selepas 22 Sept. Ini Info Yang Anda Perlu Tahu

ADVERTISEMENT

Jika anda pengguna Unifi Mobile, berita ini perlu anda cakna kerana Telekom Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan produk Unifi Mobile akan melalui perpindahan sistem kepada sistem baharu bermula 22 September 2021 ini pada pukul 5 petang.

Sistem baharu ini akan menyebabkan pengguna akan mengalami beberapa had kepada akses seperti pembayarab bil, tambah nilai prabayar dan transaksi Pay as you use (PAYU). Namun begitu, pengguna masih boleh menggunakan data, talian sms dan panggilan seperti biasa.

ADVERTISEMENT

Antara perubahan besar yang dilakukan adalah nombor akaun bil pengguna sedia ada akan berubah daripada 9 digit ke 10 digit dan turut membawa kepada perubahan nama pelan yang dilanggan.

Perubahan nombor akaun ini mungkin tidak memberikan kesan kepada pengguna prabayar kerana tambah-nilai dilakukan menggunakan nombor telefon, dan bukannya nombor akaun. Namun sebaliknya bagi pengguna pascabayar kerana pembayaran bil akan menggunakan nombor akaun yang baharu. 

Seperti yang dimaklukam oleh pihak Unifi Mobile, sistem nombor akaun lama hanya akan disokong sehingga bulan Disember sahaja sebelum anda perlu menggunakan pembayaran menggunakan nombor bil baharu selepas itu.

Perubahan lain yang dilakukan untuk pengguna pascabayar adalah seperti kod JomPAY turut berubah kepada unifi8888 dan penyingkiran CIMB dan PayNow sebagai saluran bayaran.

Pengguna Unifi Mobile akan dimaklukam mengenai perubahan sistem ini oleh Telekom Malaysia secara berperingkat selari naik-taraf sistem yang dijadualkan pada 22 September 2021 ini.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Buat Temujanji JPJ Online Setiap Negeri / Kaunter Cawangan

Penggunaan Ketum Secara Terbuka Telah Dibenarkan