in ,

Xiaomi Melancarkan Peranti Pintar Eksklusif Untuk Pasaran Jepun? Ketahui Lebih Lanjut Disini

ADVERTISEMENT

Syarikat Xiaomi melebarkan lagi barisan peranti pintar mereka dengan peranti pintar eksklusif untuk pasaran Jepun sahaja yang dikenali sebagai Xiaomi Redmi Note 10 JE.

Dari segi spesifikasi, ianya hampir serupa dengan Xiaomi Redmi Note 5G tetapi terdapat beberapa komponen yang diubah.

ADVERTISEMENT

Pertamanya, Xioami Redmi Note 10 JE ini akan dijana oleh Snapdragon 480 berbanding Xiaomi Redmi Note 5G yang menggunakan cip dari MediaTek iaitu MediaTek Dimensity 700.

Tambahan lagi, peranti pintar ini juga kalis air dan debu yang diberi penarafan IP68 serta terdapat sokongan pengecasan pantas 18W namun bateri yang dipadankan sedikit kecil iaitu 4800mAh berbanding 5000mAh pada Xiaomi Redmi Note 5G.

Untuk bentuk fizikal pula, ianya sama dengan Xiaomi Redmi Note 5G iaitu menggunakan skrin bersaiz 6.5 inci beresolusi FHD+ serta kadar segar 90Hz dan memori pula sebesar 4GB berserta kapasiti storan yang didatangkan dengan 64GB.

Kamera hadapan sebesar 8 MP dan terdapat tiga kamera belakang yang terdiri daripada 48 MP bagi kamera utama, 2MP makro dan 2MP depth. Bagi ciri-ciri lain termasuklah bluetooth 5.0, pengimbas cap jari sisi dan banyak lagi.

Xioami Redmi Note 10 JE ini akan mula dipasarkan pada 3 Ogos 2021di Jepuan dengan tanda harga yang ditawarkan ialah 28,765 yen bersamaan RM1,108.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Kerepek Pisang Tanduk. Rangup Dan Sedap!

Resepi Nasi Beriyani Anti Gagal. Ringkas Dan Sedap!