Program Tajaan Kerajaan Jepun (Biasiswa MEXT 2021) Untuk Guru & Pelajar Malaysia
Program Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho) Biasiswa MEXT 2021 kini DIBUKA untuk pemohon rakyat Malaysia yang layak.
Untuk para guru yang berminat nak pergi Jepun, bolehlah ambil peluang ini sambil menjalani latihan yang ditawarkan oleh Kerajaan Jepun melalui Biasiswa MEXT di bawah Kursus Latihan Perguruan (Teacher Training Course).
Selain para guru, pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 2 atau 3 yang kini mengambil jurusan Bahasa Jepun atau Budaya Jepun juga boleh memohon di bawah satu lagi program Pengajian Jepun (Japanese Studies).
Jom ketahui lebih lanjut tentang Program Biasiswa ini:
Apakah Biasiswa MEXT 2021?
Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains, dan Teknologi, yang juga dikenali sebagai MEXT, Monka-shō, dan dahulunya Kementerian Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan, adalah salah satu kementerian kerajaan Jepun.
MEXT dipimpin oleh Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains, dan Teknologi, yang merupakan anggota Kabinet dan dipilih oleh Perdana Menteri.
Biasiswa MEXT adalah untuk memupuk sumber manusia yang akan menjadi jambatan persahabatan antara negara penerima biasiswa dan Jepun melalui kajian di Jepun dan yang akan menyumbang kepada pembangunan kedua-dua negara dan dunia yang lebih luas.
Elaun & Tiket Penerbangan Percuma
Biasiswa MEXT 2021 yang ditawarkan ini akan merangkumi elaun bulanan, bayaran yang dibayar untuk semua tuisyen dan peperiksaan, serta tiket penerbangan pergi dan balik ke Jepun
Walaupun jumlahnya boleh berubah, sumber dari Kedutaan Jepun menyatakan setiap penerima Bantuan Pengajian Jepun akan mendapat elaun bulanan sebanyak JPY117,000 (RM4,400), sementara penerima bantuan Latihan Guru akan diberikan JPY143,000 (RM5,400).
Baca juga: Shopee x Jom Cuti Cuti Malaysia: Cara Dapatkan Voucher Hotel RM100!
Syarat Kelayakan Biasiswa MEXT 2021
Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) dibuka untuk 2 kategori berikut:
- Kursus Latihan Perguruan / Teacher Training Course (1.5 tahun)
- Bagi guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di Institusi Latihan Guru dengan pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun
- Berumur di bawah 35 tahun
- Menguasai bahasa Inggeris dengan baik
- Bersedia belajar bahasa Jepun.
- Permohonan adalah melalui laman web JPA : https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=MEX1
- Pengajian Jepun / Japanese Studies (1 tahun)
- Bagi pelajar sarjana tahun 2 atau 3 yang kini mengambil jurusan Bahasa Jepun atau Budaya Jepun
- Berumur antara 18 dan 29 tahun
- Menguasai bahasa Jepun dengan baik.
- Rujuk selanjutnya: https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/japanesestudies.html
Tarikh Permohonan Biasiswa MEXT 2021
Permohonan Biasiswa MEXT 2021 ini dibuka dari 6 Januari hingga 18 Februari 2021
Baca juga: Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Covid19 (Jan-Mac 2021)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Biasiswa MEXT 2021 tajaan Kerajaan Jepun ini, layari laman web rasmi Kedutaan Jepun di pautan ini: https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/scholarship.html
Sila rujuk posting asal oleh Kedutaan Jepun di bawah: