in

Cara Apply Kerja Kerajaan Melalui Portal SPA9. Mudah Je

spa9

Tahukah anda Portal SPA8i yang digunakan dulu tidak lagi digunakan mulai 28 September 2020 dan telah digantikan dengan SPA9 yang baharu.

Apakah SPA9?

Bagi yang belum tahu, SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.

Jika anda berminat untuk memohon kerja kerajaan, inilah portal yang perlu anda daftar dan rujuk dengan kerap dari semasa ke semasa untuk mendapat info terkini tentang kekosongan jawatan yang dibuka.

Baca juga: Contoh Surat Pengesahan Majikan Untuk Loan Bank, Beli Rumah & Urusan Rasmi

Fungsi & Kelebihan SPA9

Jika anda pernah menggunakan Portal SPA8i sebelum ini, anda akan mendapati beberapa penambahbaikan dalam sistem terbaru, iaitu SPA9 ini.

Antaranya keistimewaannya ialah:

  • Portal yang telah ditambah baik ini lebih mesra pengguna, keputusan boleh disemak dengan mudah dan lancar, serta permohonan menjadi lebih mudah.
  • Sistem SPA9 dapat memaparkan maklumat jawatan yang bersesuaian berdasarkan bidang pengkhususan calon agar calon boleh memilih jawatan mengikut kelayakan yang dimiliki
  • Maklumat calon akan dipaparkan secara automatik apabila calon mendaftar masuk ke dalam Sistem SPA9.
  • Pengisian maklumat kewarganegaraan, pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU), penerima bantuan eKasih dan lesen memandu secara terus daripada agensi terlibat.
  • Proses lebih cepat, telus dan mudah, di mana data-data lebih berintegriti diperoleh melalui perkongsian data dengan pelbagai agensi yang terlibat.

Cara Daftar

spa9

Untuk memulakan pendaftaran, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi SPA9 di pautan https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Klik pada ‘Pendaftaran Pengguna’ untuk mendaftarkan akaun baharu SPA9.
  3. Pastikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh dimasukkan sama seperti di dalam Kad Pengenalan, termasuk butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L.
  4. Masukkan kod keselamatan dan lengkapkan lain-lain butiran yang diperlukan.
  5. Setelah selesai, tandakan pada kotak persetujuan dan klik ‘Daftar’.
  6. Kembali semula ke halaman depan SPA9. Jika anda pernah membuat pedaftaran menerusi SPA8i, maklumat dan profil anda akan terpampang di skrin. Anda boleh mengemaskini butiran peribadi disini.
  7. Jika anda merupakan pengguna baru, sila kemaskini segala maklumat dalam sistem.

Baca juga: Status Rayuan BSH 2020 Boleh Disemak Mulai 16 November 2020

Cara Kemaskini Maklumat & Permohonan Jawatan Kerajaan

Setelah mendaftar, sila kemaskini maklumat terkini agar anda mudah memohon jawatan kerajaan yang bakal dibuka pada bila-bila masa.

Antara maklumat yang perlu diisi dan dikemaskini adalah:

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Kelayakan Akademik
  • Maklumat Sedang Berkhidmat
  • Maklumat Bekas Tentera
  • Maklumat Bukan Akademik
  • Jawatan Dipohon

Untuk melihat Manual Pengguna dengan lengkap, sila rujuk di SINI.

Maklumat Lanjut

Jika terdapat masalah lain selain daripada yang dinyatakan dalam FAQ ini, sila
maklumkan masalah anda ke ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my) atau e-mel
ke [email protected]

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan bsh 2020

Status Rayuan BSH 2020 Boleh Disemak Mulai 16 November 2020

apakah ginkgo biloba

Digelar ‘Brain Booster’, Ini 8 Kelebihan Ginkgo Biloba Yang Ramai Nak Tahu