PSSTLDM: 200 Kekosongan Pegawai Kadet & Perajurit Muda 2022

Pengambilan Bakal Pegawai & Perajurit Muda PSSTLDM 2022 (Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia)

Adakah anda berminat untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (Navy)?

Terdapat pelbagai manfaat dan faedah menyertai PSSTLDM yang ditawarkan bagi tahun 2022 ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman calon yang berminat.

Apakah PSSTLDM?

Secara umumnya, latihan yang dilaksanakan bagi pegawai dan askar laskar PSTLDM bermatlamat agar mereka berkeupayaaan untuk melaksanakan peranan dan tugas PSTLDM.

Di samping itu juga, latihan yang dirancang dapat membentuk keperibadian pegawai dan askar laskar supaya bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk dikerah tenaga apabila keadaan memerlukan kelak.

Kelebihan & Faedah Menyertai PSSTLDM

Faedah dan keistimewaan yang akan anda perolehi apabila menyertai PSSTLDM adalah seperti berikut:

  1. Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.
  2. Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.
  3. Mempelajari kepakaran baru dalam PSSTLDM.
  4. Menambah keupayaan `Soft skills’ dengan percuma.
  5. Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
  6. Berpeluang melawat pasukan PSSTLDM di serata negara.
  7. Layak menyertai insuran berkelompok ATM.
  8. Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
  9. Boleh dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam TLDM bagi mereka yang layak.
  10. Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
  11. Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.
  12. Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.
  13. Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).
  14. Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma di mana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku semasa bertugas.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan bagi bakal Pegawai PSSTLDM adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun.
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 2.7 ke atas. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di dalam peperiksaan SPM/SPMV/SKM.
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  • Jarak tempat tinggal dari unit tidak melebihi 100 km.
  • Lulus temuduga pemilihan.

Gaji & Elaun

Pemberian elaun dan saguhati kepada pegawai dan askar laskar Simpanan Sukarela TLDM adalah sebagai pengiktirafan kepada komitmen mereka. Dasar penetapan perkara ini adalah seperti termaktub di dalam Territorial Army (Pay and Allowances) Rules 1959 dan Report Of The Committee Of Officials On The Salaries And Terms And Conditions Of Service Of The Malaysian Armed Forces (Laporan JKK Pertama).

Pembayaran elaun PSSTLDM dibuat berpandukan Buku Panduan Urusan Gaji Bab F (Prosedur Pembayaran Gaji Dan Elaun Angkatan Sukarela), yang dikeluarkan oleh Mk – ATM Jabatanarah Urusan Gaji AT (Cawangan Askar Wataniah). Panduan ini dikeluarkan agar semua unit PSSTLDM dapat melaksanakan dokumentasi dan pembayaran elaun dengan mengikut peraturan yang sedia ada.

Cara Permohonan

Bagi sesiapa yang berminat dan berkelayakan, sila hadirkan diri temuduga kecergasan fizikal pada tarikh dan masa yang ditetapkan:

Pastikan anda membawa dokumen yang lengkap dan berpakaian sukan. Sila rujuk infografik di bawah atau scan QR code untuk senarai dokumen yang perlu dibawa semasa menghadiri ujian kecergasan.

psstldm 2022

200 Keksongan Jawatan Ditawarkan:

  1. Pegawai Kadet
  2. Perajurit Muda

JOIN NAVY SEE THE WORLD

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai TLDM di talian berikut:

  • 013-3574432 – Lt M Najib
  • 017-7104599 – Lt M Syahidah
  • 016-7578356 – Lt M Hazirah

Sumber: KD SRI MEDINI

Laman web: https://hqnr.navy.mil.my/

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: