IKTISASS: Permohonan Program Kemahiran Teknikal & Elaun Sara Diri RM1000 Sebulan

Untuk makluman, Pengambilan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) 2020 kini DIBUKA dan program ini menawarkan elaun sara diri RM1,000 sebulan bagi yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang Program IKTISASS beserta syarat kelayakan dan cara permohonan.

Apakah IKTISASS?

IKTISASS adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi memberi peluang kepada millennials menggarap latihan kemahiran demi menjamin kebolehpasaran dengan pendapatan tinggi dan meningkatkan rantaian nilai modal insan.

Program ini telah dimulakan sejak tahun 2018 dan telah memberi banyak manfaat khususnya kepada generasi muda dalam membina kerjaya pada masa depan.

IKTISASS menyediakan landasan bagi golongan sasaran mendapatkan latihan kemahiran bersesuaian dengan perkembangan teknologi masa kini.

Program yang Ditawarkan

Terkini, kursus yang ditawarkan oleh IKTISASS adalah seperti berikut:

  • Pilot / co-pilot dron
  • Juruteknik MRO (MRO technician)
  • Jurutera MRO (MRO engineer)
  • Penganalisa data (Data analyst)

*Selain program ini, terdapat juga program Program Persijilan Inspektor Pengujian Tanpa Musnah (Non Destructive Testing – NDT), Pengimpal 6GC & Inspektor Kimpalan Visual, Pengimpal 3GC – Zero To Hero yang ditawarkan. Sila rujuk selengkapnya di SINI. (Tarikh tutup 16 November 2020)

Kelebihan Program IKTISASS

  • Yuran latihan tajaan kerajaan Negeri Selangor
  • Elaun sara diri RM1000 sebulan
  • Persijilan diiktiraf oleh persijilan industri
  • Jaminan pekerjaan: Aerodyne / Agrimor / GIG Economy
iktisass

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon dan ibu bapa adalah Warganegara Malaysia.
  1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteriakriteria seperti berikut:
    i. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    ii. Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor.
    iii. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor selama 11 tahun dan ke atas
    (sila lampirkan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah).
  2. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lulus 5 subjek teras termasuk Bahasa Melayu.
  3. Pemohon lulus temu duga yang diselia oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Selangor (jika ada)
  4. Calon digalakkan berkhidmat di institusi atau industri negeri Selangor.

Baca juga: KISS Selangor 2020/2021: Daftar Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40

Cara Permohonan IKTISASS 2020

Jika anda berminat, sila ikuti langkah berikut untuk memohon.

  1. Layari Portal Kerajaan Negeri Selangor di pautan berikut: https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/3999
  2. Download Borang Permohonan IKTISASS pada bahagian atas iklan atau terus klik link INI.
  3. Sila isikan borang dengan lengkap.
  4. Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:
    • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu
    • Salinan Kad Pengenalan Bapa
    • Salinan Sijil Kematian / Cerai / Akuan Sumpah
      (Jika Berkaitan)
    • Surat Akuan Pemastautin
      Pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/
      Pengerusi Persatuan Penduduk/ Ketua Blok/ Ketua Rukun Tetangga
      (Bagi Pemohon, Ibu & Bapa Yang Bukan Lahir Di Negeri Selangor)
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Daripada IPT /
      Surat Pengesahan Pelajar
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
      & Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5)
    • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV)
    • Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu Bapa / Penjaga Pemohon
      (Jika Masih Bekerja)
    • Surat Perakuan Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Pemohon
      Pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/
      Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/ Ketua Rukun Tetangga
      (Jika Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja / Suri Rumah)
    • Salinan Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen Terkini
      Ibu Bapa / Penjaga Pemohon (Jika Pesara Kerajaan)
    • Cop Pengesahan Institusi Pengajian
    • Cop Pengesahan Pendapatan
    • Salinan Akaun Bank Pelajar

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi program ini adalah pada 19 NOVEMBER 2020.

Baca juga: Bantuan Pakej Pelan Data Dan Peranti KPT Bagi Pelajar IPT 2020/2021

Maklumat Lanjut

Untuk makluman lanjut, sila layari Portal Kerajaan Negeri Selangor https://www.selangor.gov.my/

ATAU

Hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di alamat dan talian berikut:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

No. Telefon Am SUK:

(6)03-55447000

(6)03-55212347

(6)03-55212346

(6)03-55212345

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: