Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195 / 2022
Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195 / 2022 Dibuka Bermula 17 hingga 31 Januari 2022
SYARAT ASAS PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Januari 2022 (Pengambilan Siri 195 2022).
- Penglihatan –
- Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
- Tidak rabun warna.
- Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
- Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
- Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
SYARAT FIZIKAL
- Tinggi:
- Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
- Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
- Berat:
- Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
- Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
- Indeks Jisim Badan (BMI) :
- Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0
SYARAT AKADEMIK
Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sains
Matematik
Sejarah
KELAYAKAN TAMBAHAN
Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.
HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR
- Pemeriksaan Kesihatan.
- Ujian Kecergasan:
- Larian 2.4 KM – 14 minit
- Tekan Tubi – 40 kali
- Bangkit Tubi – 45 kali
- Ujian Bertulis:
- Ujian Kecerdasan (IQ)
- Ujian Psikologi
- Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)
SKIM GAJI KEMASUKAN KELAYAKAN AKADEMIK
- SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
- SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
ELAUN
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elauan Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
KEMUDAHAN
- Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan Kediaman
Baca juga:
- Maksud Bacaan Dalam Solat – Lebih Khusyu’ Jika Tahu Makna!
- Cara Order Starbucks Sedap & Harga Berpatutan. (Menu Custom Drink Viral)
- Maksud Pendapatan / Gaji Kasar, Gaji Bersih, Gaji Pokok & Perbezaannya
Cara Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195 / 2022
- Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/
- Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
NOTA: PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA
- Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
- Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
- Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
- Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.
PANDUAN MENDAFTAR ONLINE
- Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:
Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) )
atau
Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
- Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
- NAMA PENUH
- NO KAD PENGENALAN
- JANTINA
- NO TELEFON (Boleh dihubungi)
- EMAIL (Aktif)
- KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
- Tekan (Click) DAFTAR
(Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
- Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
- Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.
- Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
- Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.
MAKLUMAT LANJUT
- Layari laman sesawang rasmi dan media sosial rasmi Tentera Darat di:
Laman Sesawang Rasmi – https://army.mil.my
Facebook Rasmi – https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
Instagram Rasmi – https://www.instagram.com/tenteradarat/?hl=en
Twitter Rasmi – https://twitter.com/tenteradarat
Tik Tok Rasmi – https://www.tiktok.com/@tenteradaratmy
Rujuk iklan penuh di: https://army.mil.my/index.php/ms/kerjaya/iklan-pengambilan/panduanpermohonan?fbclid=IwAR3J4aWbqX-RP6daKcdsXxbCiaVJFGCvlJfPTEnYZEpPHvot81pJDYHJaSY
- Alamat Surat Menyurat:
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur
Tel: 03-40140404