Maksud Bacaan Dalam Solat – Lebih Khusyu’ Jika Tahu Makna!

Maksud Bacaan Dalam Solat

Solat merupakan ibadah wajib dan merupakan keutamaan yang sangat besar bagi seorang Muslim.

Allah berfirman di dalam surah Al-‘Ankabut ayat-45 yang bermaksud:

“Bacalah kitab (Al-quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan)keji dan mungkar, dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Dalam kita mengerjakan solat saban hari, sudahkah kita dalami maksud bacaan dalam solat yang dilafazkan pada setiap lima waktu ?

Mari kita semak bacaan solat serta maknanya agar kita dapat tunaikan ibadah solat dengan lebih khusyuk dan penuh penghayatan.

Maksud Bacaan Dalam Solat

1. Takbiratul-Ihram

اللّٰهُ أَكْبَر

Maksud : Allah Maha Besar

2. Doa Iftitah


اَللهُ اَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرً وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. أِنِّ وَجَّهْةُ وَجْهِيَ ِللذِيْ فَطَرَالسَّمَوَاتِ وَاْلآَرْضَ حَنِيِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمْحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Maksud : Allah Maha Besar dengan dengan kebesaran yang tidak terduga, dan segala pujian bagi Allah dengan pujian yang sangat banyak, dan Maha Suci Allah pada pagi dan petang hari, sesungguhnya aku hadapkan mukaku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan kepatuhan dan aku bukanlah dari kaum yang menyekutukan Allah, sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanyalah milik Allah, Tuhan pemilik alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk dari golongan kaum muslimin.

 3. Al-Fatihah

maksud bacaan dalam solat
Kredit Foto : celikalquran.com

 1.بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

2. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ

3. الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ

4. مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ

5. اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ

6. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ

7.صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ

Maksud :

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  4. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

4. Bacaan Ketika Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Maksud : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan dengan pujian untuk-Nya.

 5. Iktidal

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Maksud : Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6. Doa Qunut

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ ,وَ عَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ ,وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ ,وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ ،فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ,وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ ,فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Maksud :

Ya Allah berikanlah kami hidayah sebagaimana mereka yang sudah Engkau beri hidayah.
Dan berikanlah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau sudah beri kesihatan.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan.
Dan berilah keberkatan bagiku pada segala apa yang Engkau sudah kurniakan.
Dan lindungi aku dari segala kejahatan yang Engkau sudah pastikan.
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukanya yang kena hukum.
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Dan tidak mulia orang yang mana Engkau memusuhinya.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya.

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

7. Sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maksud : Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

bacaan doa dalam solat
Kredit Foto : siraplimau.com

8. Duduk di antara Dua Sujud

رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى

Maksud : Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah daku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah daku.

9. Tahiyat Awal

اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Maksud : Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan Kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 

10. Tahiyat Akhir

bacaan doa dalam solat
Kredit Foto : iluminasi.com

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْك أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

أَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan Kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT (INFOGRAFIK)

MAKNA Maksud Bacaan Solat
Maksud Bacaan Solat
Maksud Bacaan Solat
Maksud Bacaan Solat
Maksud Bacaan Solat

Begitulah maksud bacaan yang kita selalu bacakan dalam solat 5 waktu. Berdasarkan maksud bacaan doa, dapatlah kita rangkumkan bahawa bacaan doa terkandung banyak doa-doa yang kita sendiri mungkin tidak sedar apabila dibaca.

Sebagai hamba Allah yang lemah, pemahaman kepada bacaan solat adalah pendekatan yang baik untuk kita dapatkan solat yang lebih berkualiti walaupun terdapat kekangan bahasa yang berbeza.

Marilah kita hayati makna bacaan doa dengan lebih mendalam agar amalan wajib yang kita kerjakan setiap hari ini menjadi lebih bermakna dan mendapat keberkatan di sisi Allah insya-Allah.

Sumber : Zayan.my, Iluminasi.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: