Doa Selepas Azan & Kelebihan Membacanya
Doa Selepas Azan & Kelebihan Membacanya ~ Sebagai insan yang beragama islam, sudah pasti hampir setiap hari kita akan mendengar seruan azan sama ada secara langsung daripada pembesar suara masjid/surau, melalui corong-corong radio, aplikasi di gadget dan sebagainya.
Tahukah anda, apabila mendengar azan kita disunatkan untuk menjawab azan dan kemudian membaca doa selepas azan.
Mari ikuti perkongsian dibawah mengenai cara menjawab azam dan membaca doa selepas azan serta kelebihan membacanya.
Pengenalan Mengenai Azan
Secara ringkasnya, azan adalah merupakan sebuah seruan atau laungan yang dilakukan untuk menyampaikan bahawa waktu solat telah masuk sekaligus mengajak umat Islam untuk menunaikan solat.
Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan).
Azan hanya boleh dilakukan oleh umat Islam berjantina lelaki (muslimin) dan gelaran untuk individu yang melaungkan azan ini ialah muazzin atau bilal. Kaum muslimah tidak boleh melaungkan seruan azan.
Abu Hurairah r.a menyatakan Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang terkandung dalam seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak memperolehnya melainkan dengan undian, pasti mereka akan turut serta mencabut undi” – Riwayat Bukhari dan Muslim
Kalimah Seruan Azan
Berikut ialah kalimah seruan azan yang dilaungkan pada setiap masuknya waktu solat (selain daripada waktu Subuh kerana terdapat sedikit perbezaan laungan azan pada waktu Subuh);
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.
Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan Waktu Subuh
Manakala, laungan azan pada waktu Subuh pula adalah seperti berikut:
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.
Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.
Solat itu lebih baik daripada tidur.
Solat itu lebih baik daripada tidur.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Cara Menjawab Azan
Cara menjawab azan adalah dengan mengulangi secara perlahan-lahan apa yang diucapkan muazzin dalam azan kecuali pada ayat berikut:
Kedua-dua ayat ini hendaklah dijawab dengan:
Manakala untuk ayat berikut (azan waktu subuh);
Hendaklah dijawab dengan;
Bacaan Doa Selepas Azan
Sebaik sahaja laungan azan tamat, kita hendaklah membaca doa selepas azan seperti dibawah:
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Kelebihan Membaca Doa Selepas Azan
Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang mendengar azan, kemudian dia membaca (doa azan setelah selesai azan);
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ
“Wahai Allah, Tuhan kepada panggilan sempurna ini dan solat yang didirikan, berikan kepada Muhammad kemuliaan dan keutamaan serta kurniakan kepada Baginda tempat terpuji sebagaimana yang Engkau janjikan. Maka dia akan mendapat syafaatku.” – HR Al-Bukhari, 614
Sumber: JAKIM