Lafaz Niat Solat Fardhu 5 Waktu (Berseorangan / Berjemaah)
LAFAZ NIAT SOLAT FARDHU SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB DAN ISYAK (BERSEORANGAN / BERJEMAAH)
Maksud solat daripada sudut istilah Syarak, solat bermaksud: “Himpunan perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir (membesarkan Allah), dan diakhiri dengan taslim (memberi salam) dengan syarat-syarat tertentu.”
Istilah solat itu digunakan kerana unsur doa menyeluruh dalam solat maka dimutlakkan sebahagian ke atas keseluruhan.
Hukum & Dalil Wajib Solat
Hukum Solat
Hukum solat adalah fardu ain. Ertinya, ia wajib ditunaikan oleh semua orang Islam, yang berakal, baligh, berada dalam keadaan suci (bukan haid).
Dalil hukumnya adalah wajib ialah seperti berikut:
Firman Allah ﷻ:
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.”
(Surah al-Baqarah: 43)
Menurut al-Imam Abu al-Husain al-Subki bahawa ayat ini dalil ijab (mewajibkan) solat ke atas semua manusia, orang beriman bahkan kepada kanak-kanak, melainkan untuk mereka adalah ta`dib (pendidikan wajib ke atas ibu bapa) sekalipun daripada sudut hukum wajib ke atas kanak-kanak itu masih belum berlaku selagi belum mumayyiz, baligh dan berakal.
Lafaz Niat Solat Fardhu 5 Waktu (Solat Bersendirian / Berjemaah)
LAFAZ NIAT SOLAT ZOHOR BERSEORANGAN
اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
LAFAZ NIAT SOLAT ZOHOR BERSEORANGAN
اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
LAFAZ NIAT SOLAT ASAR BERSEORANGAN
اُصَلّى فَرْضَ الْعَصْر ِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
LAFAZ NIAT SOLAT MAGHRIB BERSEORANGAN
اُصَلّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
LAFAZ NIAT SOLAT ISYAK BERSEORANGAN
اُصَلّى فَرْضَ الْعِشَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
Baca juga: Maksud Bacaan Dalam Solat – Lebih Khusyu’ Jika Tahu Makna!
Lafaz Niat Solat Fardhu Secara Berjemaah
LAFAZ NIAT SUBUH BERJEMAAH
اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.
LAFAZ NIAT ZOHOR BERJEMAAH
اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.
LAFAZ NIAT ASAR BERJEMAAH
اُصَلّى فَرْضَ الْعَصْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.
LAFAZ NIAT MAGHRIB BERJEMAAH
اُصَلّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.
LAFAZ NIAT SOLAT ISYAK BERJEMAAH
اُصَلّى فَرْضَ الْعِشَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat (*) sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.
*Sumber: Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Baca juga: Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas Beserta Maksud & Rumi