Hukum Penggunaan Vape/Rokok Elektronik

Hukum Penggunaan Vape/Rokok Elektronik | Penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape semakin hari semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja lelaki mahupun perempuan. 

Antara alasan paling popular penggunaan alat ini adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar, cara untuk meninggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj. 

Jadi, sebenarnya apakah hukum penggunaan vape atau rokok elektronik ini? Mari baca perkongsian di bawah. 

BACA JUGA: Niat Puasa Ganti Dan Sunat – Apakah Hukum Gabung Puasa?

Apa Itu Vape/Rokok Elektrik?

Rokok Elektronik (Electronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Ia juga dikenali sebagai vape atau vapor. 

‘Vape’ berasal daripada perkataan Inggeris ‘vaporization’ yang membawa maksud proses pengewapan, dan juga merujuk kepada ‘vaporizer’ iaitu alat yang digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan campuran rokok lain. 

Dalam Kamus Oxford, vape didefinisikan sebagai “an act of inhaling and exhaling the vapour produced by an electronic cigarette or similar device” (perbuatan menyedut dan menghembuskan wap yang dihasilkan oleh rokok elektronik atau peranti yang seumpamanya). 

Adakah Vape Berbahaya? – Ini Pendapat Pakar

Berikut ialah beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik untuk kesihatan tubuh manusia.

  • Kandungan nikotin yang terdapat dalam vape/rokok elektronik ini berpotensi menyebabkan masalah kesihatan bahkan kematian sekiranya jumlahnya tinggi.. Jumlah nikotin yang terdapat di dalam rokok elektronik ini berbeza bergantung jenisnya. Walaupun terdapat vape yang dikatakan “nicotine-free”, namun masih terdapat kandungan nikotin di dalamnya.
  • Terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kebanyakan jenama e-rokok yang dikeluarkan. 
  • Setakat ini, tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nikotin.  Dakwaan bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok adalah tidak benar. 
  • Pihak FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat telah menjalankan uji kaji makmal terhadap kandungan rokok elektronik dan di dalam satu sampel kajian, mereka telah mendapati bahan diethylene glycol iaitu bahan yang digunakan di dalam proses anti-beku dan ianya sangat berbahaya kepada tubuh manusia.
  • Rokok elektronik mempunyai nikotin yang boleh meningkatkan kadar denyutan nadi dan pengaliran hormon ‘adrenalin’ serta melembabkan sistem urat saraf. Selain itu, nikotin juga mengakibatkan denyutan nadi yang luar biasa, penyempitan saluran nadi, peningkatan tekanan darah, serangan jantung, angin ahmar dan ulser perut dan usus.
  • Proses pengewapan cecair nikotin yang dihasilkan oleh rokok elektronik, akan disedut oleh pengguna, dan wap nikotin ini mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik. Asid nitrik merupakan bahan kimia pemangkin kepada berlakunya kanser di dalam tubuh manusia. Selain itu, cecair nikotin, walaupun sukatannya sedikit, dikhuatiri resapannya ke dalam saluran darah akan mengubah kandungan efisien dalam badan kerana selain nikotin, cecair itu juga mengandungi gliserin.
  • Di dalam rokok elektronik terdapat nikotin dan propylene glycol, dan apabila dipanaskan (dalam cecair) melebihi lima volt, kombinasi bahan cecair itu akan bersifat seperti bahan pengawet. Bahan pengawet inilah yang meningkatkan kemungkinan kanser dalam tubuh badan. 

Jom usaha hentikan ketagihan terhadap vape/rokok dengan Nicorette Quit Smoking 16hr Invisipatch.

Hukum Penggunaan Vape/Rokok Elektronik

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpandangan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik adalah HARAM.

Rujuk: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1905-irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-vapor

Hal ini adalah kerana;

  • Memudaratkan agama nyawa, akal, harta dan keturunan;
  • Mengandungi bahan-bahan beracun seperti nikotin cecair tulen, propylene glycol, vegetable glycerin dan alkohol;
  • Membawa kepada ketagihan dan mengkhayalkan;
  • Membawa kepada pelbagai penyakit seperti kanser, kecacatan janin, dan lain-lain;
  • Memudaratkan kesihatan orang sekeliling dan mencemarkan alam sekitar.
  • Pembaziran yang berlaku sama ada pada alat vape itu sendiri mahupun bahan cecair yang menjadi hisapannya. Dikatakan bahawa harga alat tersebut berharga sekitar ratusan ringgit dan bagi sesetengah jenis, ianya mampu mencecah hingga ribuan ringgit.
  • Sad al-Zari’ah (menutup jalan menuju kerosakan).

Firman Allah Ta`ala:

وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.(Surah al-Baqarah,  2:195)                

Kesimpulan 

Jelaslah bahawa hukum penggunaan vape atau rokok elektronik adalah sama seperti hukum merokok iaitu HARAM. Oleh itu, orang ramai diseru agar meninggalkan perbuatan yang memudaratkan ini demi kesejahteraan diri khususnya. 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: