Sisi Positif ‘Lathi Cover’ Ada Dalam Lagu Terbaru Rabithah. Boleh Insaf!

Kerna dunia,
Sanggup kau gadai agama,
Kerana nama,
Kau sanggup lukakan Baginda,
Atau tiada lagi cinta?
Walau dia korban segala,
Kejamnya dirimu…!

Terbaru! Sedikit sentuhan lirik ‘Lathi Cover’ dalam versi dakwah nyanyian Rabithah yang dikatakan mencecah 50K pendengar yang berada di media sosial dalam masa kurang 24 jam dari sekarang.

Cover lagu ini dikatakan mahu beri alternatif dan juga mesej kepada semua melalui medium lagu.

Lathi adalah nyanyian asal dari Weird Genius ft Sara Fajira yang viral di pelbagai negara.

Ini semua berikutan, ‘Lathi Challenge’ yang boleh ditonton menerusi #LathiChallenge pada media sosial baru-baru ini.

Dikatakan segalanya bermula selepas remaja dari Indonesia bernama Jharna Bhagwani, tampil menyahut cabaran pengikut untuk membuat kandungan klip video menggunakan lagu Lathi pada 18 Mei 2020.

Pencetus Ummah, PU Syed Bakri al-Yahya berpendapat cabaran Lathi yang menyaksikan transformasi wajah cantik menjadi hantu melalui teknik solekan hingga dikhuatiri menyalahi syarak mesti dihentikan.

https://www.youtube.com/watch?v=i6WcPoPI1wM
Kredit: Tarbiah Sentap

Apa-apa pun, terima kasih kepada kumpulan Rabithah berjaya tampil bersama cover lagu dengan lirik berunsurkan keinsafan.

Moga mesej yang mereka ingin sampaikan bermanfaat buat semua pendengar muzik dan pencinta seni.

Sumber: Bharian | Instagram

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: