Cara Mandi Wajib Yang Betul

Ramai yang mengambil mudah cara mandi wajib sehingga menyebabkan mandi wajibnya tidak sah dan ramai juga yang merasakan mandi wajib adalah satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan. 

Sekiranya anda masih tertanya-tanya niat dan cara mandi wajib yang betul, jom teruskan membaca artikel ini. Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan panduan lengkap mengenai cara mandi wajib yang betul. 

Maksud Mandi Wajib

Definisi mandi menurut bahasa ialah mengalirkan air kepada seluruh badan.

Dari sudut syarak pula, mandi wajib bermaksud mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu.

Mandi wajib bermaksud mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebaliknya.

Niat Mandi Wajib

Mandi wajib perlu didahului dengan niat mandi wajib. Niat mandi wajib ini perlu dibaca apabila air telah menyentuh kulit tubuh kita. Niat boleh dilafazkan melalui mulut atau dibaca dalam hati.

Niat Mandi Wajib Untuk Mengangkat Hadas Besar (Umum)

Cara Mandi Wajib

 Nawaitu Raf ‘al Hadasil  Akbari Lillahi Ta’ala. 

[Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala]

NOTA: Selain dari niat umum diatas, niat mandi wajib juga boleh dibaca secara khusus untuk Junub, Haid dan Nifas, seperti dibawah:

A. Niat Mandi Wajib Kerana Junub

Cara Mandi Wajib

 Nawaitul Ghusla ‘Anil-janabati Lillahi Ta’ala 

[Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala]


B. Niat Mandi Wajib Selepas Haid

Cara Mandi Wajib

 Nawaitul Ghusla ‘Anil Haidhi Lillahi Taala

[Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala]


C. Niat Mandi Wajib Kerana Nifas

Cara Mandi Wajib

 Nawaitul Ghusla ‘Anin-nafasi Lillahi Ta’ala 

[Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala]

BACA JUGA: Lafaz Niat Solat Fardhu 5 Waktu (Berseorangan / Berjemaah)

Rukun Mandi Wajib

  1. Berniat untuk mandi wajib. 
  2. Meratakan air ke seluruh rambut dan permukaan kulit.

Apabila kita telah melakukan dua perkara ini, maka sah lah mandi wajib tersebut.

Panduan Cara Mandi Wajib Yang Betul & Sempurna

Langkah-langkah mandi wajib di bawah adalah berdasarkan sunnah dan adab yang dianjurkan di dalam Islam. Jom baca. 

  1. Hadapkan badan ke arah kiblat. Kemudian  basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali. Setelah itu kita beristinjak yakni membasuh kemaluan, membuang najis dan benda-benda yang dapat menghalang sampainya air ke kulit badan kita.
  2. Kemudian, berwuduk seperti wuduk untuk solat. Niatnya ialah: Sahaja aku berwuduk bagi melakukan mandi wajib, sunat kerana Allah Taala.
  3. Seterusnya, baca basmallah (Bismillahir Rahmanir Rahim) dan berniat sambil mencurahkan air ke seluruh badan. Niatnya, seperti yang telah diajarkan di atas: Sahaja aku berniat mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.
  4. Ratakan air ke seluruh tubuh, termasuk ke celah-celah jari-jari tangan, kaki, pangkal rambut, janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur. Rambut yang terikat hendaklah diuraikan. Apabila air tidak kena pada salah satu daripada anggota badan maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.

PS: Sekiranya anda mandi di sungai yang mengalir atau kolam yang airnya lebih dari dua kullah, maka dibolehkan menyelam ke dalam air. Lakukanlah sebanyak tiga kali selaman sambil berniat dan meratakan air ke seluruh tubuh dengan menggosok-gosok tangan ke seluruh badan, termasuk celah-celah yang boleh disampaikan air kepadanya.

  1. Setelah selesai, baca doa ini:
Cara Mandi Wajib

 Asy-hadu Alla ilaha illallahu Wahdahu Lasyarikalah, Wa-Asy-Hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh. 

Maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Rasulnya.

BACA JUGA: Doa Bulan Rejab, Niat Puasa Sunat & Amalan Yang Digalakkan

Sebab Diwajibkan Mandi Wajib

Cara Mandi Wajib

1. Bersetubuh (Berjimak) – Sama ada keluar air mani ataupun tidak. 

2. Keluar air mani – Secara sengaja ataupun tidak.

3. Mati selain daripada mati syahid.

4. Selepas haid bagi perempuan.

5. Keluar darah nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin).

6. Wiladah (bersalin).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: