Doa Bulan Rejab, Niat Puasa Sunat & Amalan Yang Digalakkan

DOA BULAN REJAB, NIAT PUASA SUNAT REJAB & TARIKH BULAN REJAB 2023

InsyaAllah bermulanya waktu Maghrib pada hari ini akan bermulanya Bulan Rejab bagi tahun 2023 bersamaan dengan 1444 Hijriah.

Ini bermakna tinggal 60 hari lagi saja untuk kita umat Islam nak sambut bulan mulia Ramadan.

Maka, bulan ini adalah bulan untuk kita perbanyakkan zikir, puasa dan amal ibadah yang lain, sebagai persediaan menuju ke bulan Ramadan nanti.

Berikut dikongsikan doa bulan Rejab, cara niat dan kelebihan puasa sunat Rejab serta amalan sunat yang digalakkan.

DOA BULAN REJAB

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, Berikanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
[HR Baihaqi]

Sumber: JAKIM

Kita dituntut untuk berdoa dan meminta apa sahaja kepada Allah SWT selagi perkara yang diminta dan dihajatkan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Para alim ulama sangat menggalakkan dan menekankan berkenaan memperbanyakkan amal ibadah pada bulan Rejab yang menjadi latihan terbaik sebelum bulan Ramadhan tiba.

Ambillah kesempatan untuk berdoa apa sahaja dan mendapatkan pahala ketika bulan Rejab, Syaaban hingga dapat bertemu Ramadhan yang di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita serta diberikan taufiq dan hidayah untuk terus merajinkan diri beribadah. 

AMALAN SUNAT DI BULAN REJAB

Selain melakukan amalan sunat, kita juga boleh berpuasa sunat Khamis dan sunat Rejab. Boleh gabung sekali niat puasa Qada.

Amalan yang sebaiknya dilakukan oleh umat islam pada bulan tersebut adalah:

  1. Puasa
  2. Istighfar
  3. Sedekah
  4. Berdoa, Berselawat dan Berzikir
  5. Lain-lain amalan yang baik

Bagi yang belum ganti puasa, cepat-cepatlah habiskan ‘hutang’ sebelum masuk bulan Ramadan tak lama lagi.

Rujuk cara gabung niat di sini: Niat Puasa Ganti (Qadha’) Dan Puasa Sunat Serentak

Niat Puasa Sunat Bulan Rejab & Kelebihannya

Niat puasa esok hari, atau mana-mana hari dalam bulan Rejab :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala

Ertinya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan rejab kerana Allah ta’ala”

KELEBIHAN AMALAN BULAN REJAB

Menurut laman rasmi Mufti WP, bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadith-hadith yang sahih seperti amal ibadat tertentu.

Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.

Ini kerana, ia termasuk atau bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.

Kata Abu Bakar al-Warraq:

“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Sya’ban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadhan pula adalah bulan untuk memungut hasil.” [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 121/1]

Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT dan diampunkan segala dosa. Aamiin Ya Rabbal ‘ Alamin

Bilakah tarikh masuk 1 Rejab 1444H / 2023 ?

Bulan Rejab 1443H bermula pada Maghrib, hari Ahad, 22 Januari 2023.

Adakah amalan sunat khusus bulan Rejab berdasarkan hadis sahih?

Tiada amalan khusus yang disandarkan pada hadis sahih tentang kelebihan beramal pada bulan Rejab.

Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: