Lafaz Niat Puasa Qadha (Ganti Puasa Ramadhan)

NIAT PUASA QADHA (DAN NIAT GANTI PUASA YANG DIGABUNG DENGAN PUASA SUNAT)

Ramadhan tahun 2022 dijangka akan disambut pada 3 April 2022 mengikut Kalendar Islam terkini oleh JAKIM.

Mungkin ada antara kita yang masih belum habis ganti puasa Ramadhan yang tertinggal tempoh hari, jadi eloklah dilangsaikan secepatnya.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang cara qadha puasa dan serba sedikit tentang fidyah.

Baca juga : Hukum Membatalkan Puasa Sunat & Puasa Ganti Tanpa Keuzuran

niat puasa 6 dan ganti qadha
Kredit Foto : kompas.com

Lafaz Niat Ganti Puasa (Qadha)

Niat Puasa Qadha ( Ganti)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”

Cara lafaz niat bagi puasa ganti (wajib) dan puasa-puasa sunat yang digabungkan:

“Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat kerana Allah Taala.”

Waktu Ganti Puasa Ramadhan

Kita boleh menggantikan puasa yang tertinggal pada bila-bila masa selepas bulan ramadhan sehingga ke bulan ramadhan seterusnya, Kecuali pada hari yang dilarang berpuasa seperti pada hari raya pertama Aidilfitri.

Cara Menggantikan Puasa Yang Sudah Lama Tertinggal

Kadangkala, terdapat kes di mana kita sudah lama meninggalkan puasa pada zaman muda. sekarang baru terdetik untuk menggantikannya. 

Sekiranya kita tak berkesempatan mengganti puasa sehingga datang ramadhan seterusnya, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diganti, dalam nisbah dan kadar yang sama, Iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari puasa ganti.

Manakala, Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, Tetapi bilangan puasa tetap sama.

Hukum Menggabungkan Niat Puasa 6 Syawal Dengan Puasa Ganti

Hukum menyatukan puasa qadha’ dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal atau hari-hari lain yang disunatkan berpuasa adalah harus dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, namun ganjaran tersebut tidaklah menyamai ganjaran pahala seseorang yang telah menyempurnakan puasa sepenuhnya daripada sebulan Ramadhan.

niat puasa 6

Baca juga: Senarai Hotel Pemegang Sijil Halal JAKIM Di Malaysia (Terkini 2021)

Dalam masa yang sama, menyegerakan qadha’ puasa itu adalah amalan yang terpuji dan dituntut oleh syarak kerana pahala ibadah puasa tersebut hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui dan akan memberikan ganjarannya.

Oleh itu, amalan berpuasa sunat ini amat digalakkan oleh setiap Muslim sebagai rutin dan kelaziman kerana berpuasa itu akan memelihara seseorang daripada segala sifat keji dan mungkar, mendorong untuk mengerjakan amalan kebaikan yang lain serta dapat menampung kekurangan daripada puasa wajib yang telah dilakukan.

Rebutlah kelebihan Syawal dan bersegeralah tunaikan puasa 6 secepat mungkin. Sesuai dengan Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 133,  yang bermaksud “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”

Fidyah Puasa

Apa itu Fidyah?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada satu tahun sehingga tiba Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud : “……Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin”.

Bagaimana bayaran Fidyah & Qada’ Puasa bagi golongan ini?

  1. Perempuan hamil.
  2. Perempuan yang menyusukan anak.
  3. Orang tua yang uzur.
  4. Sakit hingga tak dapat puasa.

Jadual ini membantu menjawab persoalan tersebut secara ringkas.

NOTA: Walaupun fidyah telah dibayar, namun bagi mereka yang sengaja meninggalkan puasa atau kepada golongan tertentu, puasa yang ditinggalkan tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Sila rujuk cara membuat pengiraan fidyah dengan lebih lanjut: Cara Kira & Bayar Fidyah Online Jika Lambat Ganti Puasa (2021/2022)

Rujukan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: