in

Awal Ramadhan 2022 / 1443H : Tarikh Mula Puasa Di Malaysia (JAKIM)

tarikh mula puasa awal ramadhan 2022
ADVERTISEMENT

Tarikh mula puasa bagi tahun 2022 adalah pada 3 April 2022 (Ahad), iaitu bersamaan dengan 1 Ramadhan 1443H.

Perkara ini dinyatakan dalam Takwim 2022 Miladiah / 1443-1444 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berdasarkan Panel Pakar Falak JAKIM.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, tarikh awal Ramadhan tetap setiap tahun kita akan tetap menunggu pengumuman tarikh anak bulan.

Berikut disertakan Takwim Islam bagi tahun 22 / 1443 – 1444 Hijriah beserta tarikh penting dan kaedah penetapan / pengumuman tarikh mula puasa / Awal Ramadhan 2022 untuk memudahkan anda membuat perancangan.

Takwim Islam 2022

Tarikh Mula Puasa 2022 & Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam

Berikut disertakan sekali tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2022 (JAKIM).

TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 REJAB 14431 Mac 2022Israk dan Mikraj
*01 RAMADHAN 14433 April 2022* Awal Ramadan/Berpuasa
17 RAMADHAN 144219 April 2022Nuzul Al-Quran
*01 SYAWAL 14433 Mei 2022Hari Raya Puasa / Aidilfitri
01 ZULHIJJAH 14431 Julai 2022Awal Zulhijjah
*10 ZULHIJJAH 144310 Julai 2022* Hari Raya Korban / Aidiladha
01 MUHARRAM 144430 Julai 2022Awal Muharam / Maal Hijrah
12 RABI’ULAWAL 14449 Oktober 2022Maulidur Rasul

Baca juga: Cara Semak Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam (JAKIM)

Rujukan Kalendar Bulan April 2022 (Tarikh Mula Puasa 3 April 2022)

  • 3 April 2022 (Ahad) : Awal Ramadhan* – Cuti Umum di Johor, Kedah dan Melaka
  • 15 April 2022 (Jumaat) : Good Friday – Sabah dan Sarawak
  • 15 April 2022 (Jumaat) : Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
  • 19 April 2022 (Selasa) : Hari Nuzul Al-Quran -Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
  • 26 April 2022 (Selasa) : Hari Keputeraan Sultan Terengganu-Terengganu
tarikh puasa 2022

Rujuk Kalendar 2022 sepenuhnya: Takwim 2022: Tarikh Cuti Sekolah KPM & Kalendar Kuda

Cara Melihat Anak Bulan / Kaedah Penentuan Tarikh Puasa

Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilal) kelihatan ketika Matahari terbenam.

Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, samaada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila Bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.

Tarikh puasa 2022
Pengumuman tarikh puasa awal ramadhan 2022

Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.

Secara umumnya penetuan awal bulan hijri – terutamanya bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan pergerakan Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari.

Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi atau dikenali di Malaysia sebagai ilmu falak, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Viral Bil ‘Siakap Kayangan’ Harga RM1196, Giliran Pemilik Restoran Jelaskan Hal Sebenar

Cara Bayar PTPTN Guna Duit KWSP (Akaun 2). Senang Je!