Warga Asing Dibenarkan Solat Di Masjid Dan Surau Mulai Esok Dengan Syarat

Setelah mengambil kira situasi semasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membuat keputusan untuk membenarkan warga asing untuk menunaikan solat di masjid dan surau mulai esok dengan syarat.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pengarahnya iaitu, Mohd. Zakuan Zakaria. Namun begitu syarat yang mesti dipatuhi adalah individu warga asing tersebut mestilah sudah melengkapkan 2 dos vaksinasi.

Walaubagaimanpun, kadar bilangan jemaah masih lagi kekal mengikut keluasan dan kapasiti ruang solat di masjid dan surau.

Pada 17 September yang lalu, JHEAIPP telahpun memberi kelonggaran khususnya pertambahan bilangan jemaah yang dibenarkan untuk solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah di masjid dan surau.

Kelonggaran demi kelonggaran ini diberikan mengikut kepada situasi semasa dan perkembangan kadar vaksinasi yang semakin meningkat di negeri terbabit.

Walaubagaimanapun, jemaah yang hadir ke masjid dan surau tetap disarakan untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan supaya dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak dikalangan jemaah.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: