in

Diiktiraf Arab Saudi, Jemaah Haji Diberi Vaksin Pfizer / AstraZeneca

ADVERTISEMENT

KUALA LUMPUR: Jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diberikan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca seperti yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.

Baca juga : 9 Golongan Yang Tidak Sesuai Mengambil Vaksin Comirnaty (Pfizer) -KKM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan perkara itu.

vaksin astrazeneca

“Menerusi perbincangan ini, semua jemaah akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech sekiranya bekalan mencukupi. Sekiranya tidak, vaksin AstraZeneca akan digunakan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan di Hospital Kuala Lumpur semalam.

Ketika ditanya mengenai perkembangan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah, Zulkifli berkata, perkara itu akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN), selepas kerajaan Arab Saudi membuat keputusan berkaitan pelaksanaan ibadah itu.

Arab Saudi ketika ini belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini dan negara itu hanya mengiktiraf vaksin COVID-19 jenama Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca. – BERNAMA

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

anak hisap vape

Video ‘Gurauan’ Ibu Ayah Bagi Anak Hisap Vape Undang Kerisauan

Resepi Cornflakes Madu Tanpa Oven Paling Mudah & Rangup