in

9 Golongan Yang Tidak Sesuai Mengambil Vaksin Comirnaty (Pfizer) -KKM

ADVERTISEMENT

Dengan bermulanya Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan, ramai yang teruja untuk mendapatkan vaksin COVID COMIRNATY (keluaran Pfizer) yang telahpun sampai ke Malaysia.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bakal menjadi program vaksinasi terbesar di negara ini.

Pemberian vaksin ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan berjalan sepanjang tahun sehingga Feb 2022.

Suntikan vaksin boleh diambil di pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara.

Tetapi, mungkin ramai antara kita yang tak begitu faham tentang vaksin ini, dan tidak kurang juga yang risau dengan kesan sampingan yang mungkin akan berlaku.

Berikut adalah senarai Soalan Lazim (FAQ) Berkenaan VAKSIN COVID-19 Keluaran PFIZER (COMIRNATY®) yang dimuatnaik melalui laman web KKM.

vaksin comirnaty

Apakah Vaksin Comirnaty (Keluaran Pfizer)?

Vaksin Comirnaty adalah menggunakan teknologi vaksin jenis mRNA (messanger ribonucleic acid).

Vaksin mRNA terdiri daripada jujukan genetik yang diselaputi oleh bahan yang boleh melindungi mRNA daripada tindakbalas enzim di dalam badan dan memastikan mRNA dapat memasuki sel imun tertentu seperti sel dendritic dan makrofaj di dalam nodul limpa yang berdekatan kawasan suntikan.

Vaksin mRNA akan menterjemahkan jujukan genetiK untuk menghasilkan protein tertentu COVID-19 yang unik yang dikenali sebagai “spike protein”.

“Spike protein” ini boleh merangsang imuniti badan tanpa menyebabkan penyakit. Vaksin mRNA akan dimusnahkan oleh enzim di dalam sel selepas “spike protein” dihasilkan.

Jujukan mRNA ini tidak memasuki nukleus dan tidak melibatkan bahan genetik DNA di dalam sel.

“Spike protein” yang dihasilkan oleh vaksin mRNA akan merangsang pembentukan antibodi yang spesifik terhadap COVID-19 dan boleh bertindakbalas sekiranya terdapat jangkitan COVID-19 pada masa akan datang.

Siapa Yang Boleh Mendapatkan Vaksin Comirnaty?

Semua individu yang berusia 18 tahun ke atas boleh mengambil vaksin Comirnaty.

Sasaran suntikan vaksin ialah 26.5 juta orang atau 80% populasi negara untuk membentuk herd immunity.

Penyumbang utama untuk pembentukan imuniti berkelompok ini ialah kumpulan Fasa 3 – individu sihat berumur 18 tahun ke atas.

Berapa Dos Yang Diperlukan?

Setiap individu perlu menerima 2 dos vaksin Comirnaty dengan tempoh masa sekurang-kurangnya 21 hari di antara dos pertama dan dos kedua

9 Golongan Yang Tidak Sesuai Mengambil Vaksin Comirnaty (Pfizer)

Vaksin Comirnaty tidak sesuai diberikan kepada:

  1. Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius (cnth: anafilaksis) terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
  2. Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin Comirnaty.
  3. Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum divaksinasi.
  4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi, radioterapi, imunoterapi.
  5. Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 < 200 cells/mL
  6. Ibu yang mengandung atau merancang untuk hamil 
  7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria
  8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum divaksinasi
  9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah (< 50,000 per microlitre)

Walaubagaimanapun, anda tak perlu risau kerana petugas kesihatan di pusat vaksinasi akan menerangkan dan memastikan hanya individu yang layak akan menerima vaksin Comirnaty.

vaksin pfizer
Kredit infografik: RTM

Baca juga: Cara Daftar Vaksin COVID19 Di MySejahtera Apps (Android & iOS)

Kesan Sampingan

Setiap individu yang menerima suntikan vaksin Comirnaty perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit untuk pemantauan kesan sampingan vaksin tersebut.

Kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku adalah seperti berikut:

  • Sakit pada kawasan suntikan 
  • Sakit kepala/ pening
  • Sakit otot
  • Demam / menggigil
  • Sakit sendi
  • Bengkak pada Kawasan suntikan
  • Loya / rasa ingin muntah
  • Rasa lesu
  • Bengkak kelenjar nodus limpa

Baca juga: Pampasan Ex-Gratia Jika Ada Kesan Sampingan Vaksin COVID 19

Selepas vaksinasi Comirnaty, badan memerlukan beberapa minggu untuk menghasilkan antibodi spesifik terhadap virus SARS-CoV-2 dan ianya boleh terdedah kepada jangkitan virus tersebut.

Oleh yang demikian, perlu meneruskan norma baharu iaitu amalkan 3W dan elakkan 3C.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang vaksin COVID19, sila rujuk laman web https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/lain_lain/faqvaksin/mobile/index.html

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keraguan mengenai vaksin atau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, emailkan kepada [email protected]

ATAU

  • Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
  • Whatsapp : +60178429454
  • Email : [email protected]
  • Waktu Operasi : 8:00 pagi – 5:00 petang

*Sumber: Dr Masita Arip dan Ching Yee Ming (IMR) via COVID-19 Malaysia

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Diskaun Sehingga 50% Untuk Barangan Berjenama Ini Sempena Techmall Day Di Lazada.

tarikh buka sekolah 2021

Kelonggaran Pakai Baju Biasa Ke Sekolah Hingga 26 Mac – KPM