SOP Kenduri Kahwin, Majlis Sosial, Aqiqah & Nikah Terkini (Fasa 4 PPN)
SOP Akad Nikah / Majlis Perkahwinan / Kenduri Terkini
Untuk makluman, bagi negeri yang telah masuk Fasa 4 ini, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial DIBENARKAN bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.
Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum
Rujuk SOP penuh di bawah:
SOP Kenduri / Majlis Perkahwinan Terkini (Fasa 4)
Antara SOP yang ditetapkan di bawah aktiviti sosial Fasa 4 terkini adalah seperti berikut:
- Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial DIBENARKAN bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.
- Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum.
Status Negeri Terkini Mengikut SOP Fasa 4
KEBENARAN MENGANJURKAN MAJLIS DI NEGERI FASA 4 PPN (SETAKAT 10 DISEMBER 2021)
Hanya negeri di Fasa 4 boleh menganjurkan majlis keramaian, ini termasuk semua negeri di Malaysia KECUALI Sarawak yang masih berada dalam Fasa 3 PPN.
Rujuk lampiran PDF di sini
Di samping had ketetapan kehadiran yang ditetapkan, pelaksanaan majlis akad nikah perlu mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Tindakan tegas sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi SOP dan peraturan semasa yang ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info sahih dan terkini melalui
- Telegram Rasmi MKN https://t.me/MKNRasmi
- Twitter Rasmi MKNhttps://twitter.com/MKNJPM
- Instagram Rasmi MKNhttps://www.instagram.com/mkn_rasmi/
- Facebook Rasmi MKNhttps://facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/
SOP Akad Nikah Selangor
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prosedur nikah Selangor dalam tempoh PPN, sila rujuk laman web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pautan berikut:
ATAU
Sila hubungi 03-5514 3600 / Facebook https://www.facebook.com/JabatanAgamaIslamSelangor
Untuk temujanji urusan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah, sila tekan pautan di bawah :
Janji Temu urusan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) :
Manual Pengguna Sistem E-Temujanji
- Pejabat Agama Islam Daerah Klang : PAID KLANG
- Pejabat Agama Islam Daerah Petaling : PAID PETALING
- Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat : PAID HULU LANGAT
- Pejabat Agama Islam Daerah Gombak : PAID GOMBAK
- Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat : PAID KUALA LANGAT
- Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor : PAID KUALA SELANGOR
- Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor: PAID HULU SELANGOR
- Pejabat Agama Islam Daerah Sepang : PAID SEPANG
- Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam : PAID SABAK BERNAM
Maklumat dan SOP kenduri / majlis yang lebih terperinci bagi kesemua negeri yang terlibat boleh dirujuk dalam senarai penuh SOP yang dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).