UKKM 2024: Format & Contoh Soalan

Soalan UKKM 2024: Format & Contoh Soalan | Untuk pengetahuan anda, UKKM atau Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA adalah syarat kelayakan untuk para pelajar diterima masuk ke MRSM berikutan pembatalan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Anda bole baca info lebih lanjut mengenainya di bawah. 

Apa Itu UKKM?

UKKM atau Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM adalah ujian yang wajib diambil untuk masuk ke MRSM. 

Pemohon yang telah mengisi permohonan ke MRSM secara dalam talian akan dipanggil untuk menduduki ujian ini secara berperingkat. Ujian ini merangkumi subjek Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian.

Manakala, bagi permohonan ke MRSM Program Ulul Albab pula calin diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Makluman panggilan ujian akan dihantar melalui perkhidmatan SMS dan emel. Calon perlu menghadiri ujian pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

Calon wajib lulus ujian ini (UKKM) dan berasal daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES) sebagai kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan untuk masuk ke MRSM.

Tarikh, Masa & Tempat Ujian 

Calon boleh menyemak tarikh, masa dan tempat ujian secara dalam talian yang akan diumumkan oleh pihak MARA dalam masa terdekat – sekitar bulan November-Disember 2023.

NOTA:

  • Calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang permohonan pertukaran tarikh, masa atau tempat ujian yang telah ditetapkan oleh MARA.
  • Kesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh Malaysia dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA).

Cara Semakan

Semakan tarikh, masa dan tempat ujian boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Mara.

Sila rujuk langkah-langkah dibawah:

Cara Buat Semakan UKKM (Tingkatan 1)

  • Sila layari laman web rasmi UKKM MRSM di pautan berikut: http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/
  • Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan calon dan log masuk. 
  • Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan. 

Cara Buat Semakan UKKM  (Tingkatan 4)

  • Sila layari laman web rasmi UKKM MRSM di pautan berikut: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/
  • Masukkan nombor kad pengenalan calon dan log masuk. 
  • Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan.

NOTA:

  • Calon juga akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.
  • Pautan laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Dokumen Diperlukan Ketika Menghadiri UKKM

Berikut merupakan senarai dokumen yang wajib dibawa:

  • 2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE
  • Kad Pengenalan calon (MyKad / MyKid)
  • 1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain)
  • 1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan.
  • Alat tulis (pensil 2B atau pensil BB), pemadam dan pengasah pensil.
  • Kalkulatior saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja).
UKKM 2024: Format & Contoh Soalan

Subjek & Format Soalan UKKM 2024

UKKM merangkumi 4 subjek berikut:

MATEMATIK
Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif & Subjektif

BAHASA MELAYU
Masa Menjawab : 30 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

SAINS
Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

KEPERIBADIAN
Masa Menjawab : 30 minit
Jumlah Soalan : 80 Soalan Objektif

NOTA: Calon boleh membuat persediaan menghadapi ujian UKKM dengan merujuk modul dan contoh soalan terkini di SINI

Contoh Soalan UKKM 2024

Berikut merupakan contoh soalan yang boleh anda jadikan rujukan bagi ujian UKKM 2024: 

Matematik

  • Soalan berkaitan wang dalam peratusan, pecahan, perpuluhan dan nisbah untuk calon Tingkatan 1.
  • Soalan berkaitan nisbah, kadaran, simpanan, pelaburan, kredit, hutang, pengiraan faedah dan konsep jual beli untuk calon TIngkatan 4.
  • Seorang penternak  mempunyai 100 ekor lembu  dan itik. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor kambing  yang ada?

Sains

  • Soalan yang berkaitan Pengetahuan Am. Pelajar yang rajin membaca buku yang berkaitan Sains,informasi yang berkaitan Sains dapat menjawab soalan UKKM dengan baik.
  • Calon perlu menjawab apakah tindakan atau reaksi terhadap sesuatu perkara apabila berlaku sesuatu

Keperibadian

  • Ujian berkaitan hal kendiri dan sikap
  • Calon dikehendaki untuk memilih jawapan sama ada Ya atau Tidak, Setuju atau Tidak dan Betul atau Salah ke atas kenyataan yang diberikan.
  • Contohnya, Saya suka bekerja dalam satu pasukan (Betul/Salah), Saya mudah bersimpati terhadap orang lain (Betul/Salah) 
  • Calon digalakkan unutk memilih jawapan yang munasabah dan positif

Ulul Albab

  • Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
  • Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
  • Antara Contoh ayat hafazan yang diberikan ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
  • Pelajar akan dinilai berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
  • Setiap pelajar diberi masa selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran
  • Sebelum ini, ayat hafazan yang diberikan adalah daripada Surah Al- Mulk ayat 1 hingga ayat 12

FAQ- UKKM 2024

Sila rujuk soalan lazim berkaitan UKKM 2024 seperti gambar yang dilampirkan di bawah:

UKKM 2024: Format & Contoh Soalan
UKKM 2024: Format & Contoh Soalan
UKKM 2024: Format & Contoh Soalan
UKKM 2024: Format & Contoh Soalan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, para ibu bapa dan calon boleh melayari laman web rasmi MARA di pautan berikut: www.mara.gov.my

Atau, hubungi talian berikut: 03-2613 2000

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: