Cara Kira Overtime (Pindaan Akta Kerja 2022)

CARA KIRA OVERTIME TERKINI

Seperti yang kita sedia maklum, kini Akta Pekerja 1955 kini telah diwartakan Pindaan 2022 berkuatkuasa 1 September 2022.

Siapa terlibat? Semua pekerja di Malaysia yang bergaji bulanan RM4000 ke bawah.

Jadi, apa yang berubah?

  • Jumlah waktu kerja mingguan dikurangkan kepada 45jam seminggu dari 48jam seminggu. Lebih dari itu akan dihitung sebagai Over Time, iaitu Kerja Lebih Masa.
  • Gaji bawah RM4000 layak untuk dapat Overtime, tidak kira pangkat. Naik Dari RM2000.

Bagi mudah faham:

  1. Jika anda bergaji RM4000 ke bawah, secara automatik anda tertakluk di bawah Akta Pekerja. Gaji RM4001 ke atas, anda tertakluk dengan kontrak pekerjaan dengan majikan.
  2. Kalau jumlah waktu kerja anda setiap minggu lebih 45 jam, WAJIB dapat OT. Wajib ya. Itu Hak anda. (Yang gaji lebih tu tak layak claim OT ya.)
  3. Kiraan OT tak berubah.

Berikut dikongsikan serba sedikit berkenaan kiraan Overtime (OT).

Sumber: Maukerja

Cara Kira Overtime (OT)

Kaedah Pertama:

Tengok jadual kerja mingguan masing-masing. Ada ditulis dalam kontrak perjanjian kerja.

Jika anda bekerja 6 hari seminggu, maka waktu kerja anda sehari maksimum adalah 45jam/6 = 7.5 jam sehari.

Jika anda bekerja 5 hari seminggu, Maka waktu kerja anda sehari maksimum adalah 45jam/5 = 9 jam sehari. Tapi kebiasaan pekerjaan 5 hari ini 8 jam sehari sahaja (8jam x 5hari = 40jam).

Kesimpulannya, kalau jumlah kerja seminggu sekarang kurang dari 45jam, waktu kerja anda tak berubah. Yang lebih sahaja akan berubah.

Tapi perlu ingat ya, walaupun anda bekerja 40jam seminggu, OT biasanya akan dikira apabila anda kerja Lebih 45 jam. (5 jam tambahan tidak dikira)

Ada majikan yang berkira, ada yang tidak. Cuma lebih 45 jam memang sudah wajib.

Kaedah Kedua:

Dah tahu jumlah hari dan berapa jam sehari anda kena kerja? Sekarang kita kira Rate untuk OT korang pula.

Kita pakai gaji RM4000 la untuk contoh (maksimum).

Untuk dapatkan Rate Harian (ORP). Formulanya adalah gaji bulanan bahagi 26.

ORP: RM4000 / 26 = RM153.85

Untuk dapatkan Rate Sejam (HRP), ianya bergantung kepada kiraan berapa jam (JMK) sehari anda bekerja seperti kiraan Pertama di atas.

Kalau jam harian anda 8, maka
HRP: RM153.85 / 8 = RM19.23

Kalau jam harian anda 7.5, Maka
HRP: RM153.85 / 7.5 = RM20.51. kita pakai yang ini untuk contoh.

Kaedah Ketiga:

Lihat pula hari apa anda buat OT untuk dapatkan gandaan OT.

Jika buat OT pada hari biasa anda bekerja, gandaan dia adalah HRP x 1.5.

Contoh: kerja lebih Masa 2 jam Dan HRP anda adalah RM20.51. Maka RM20.51 x 2 jam x 1.5 = RM61.53.

Jika buat OT pada hari rehat anda (biasa Ahad, tengok pada jadual kerja anda juga),

Kerja 1/2 JMK, ORP x 0.5. Contoh RM153.85 x 0.5 = RM76.93.

Kerja full JMK, ORP x 1.0. Contoh RM153.85 x 1.0 = RM153.85.

Kerja Lebih Dari JMK, tambah HRP x 2.0. Contoh korang kerja 2 jam ekstra 2 jam x RM20.51 x 2.0 = RM82.04.

Kadang-kadang, ada pekerja yang dapat hari rehat tambahan (setiap minggu ada lebih dari 1 hari rehat). Biasa majikan tak buat, tapi kalau adalah, setiap jam dikira HRP x 1.5.

Contoh kerja Selama 8 jam. Maka 8 x RM20.51 x 1.5 = RM246.12

Jika buat OT pada hari cuti Umum, lagi best. Asal dah kerja lebih Dari 1/2 JMK anda akan dapat OPR x 2.0. Selepas itu kalau tambah lagi waktu kerja dapat pula HRP x 3.0.

Contoh kalau kerja 1/2 JMK, dapat RM153.85 x 3.0 = RM461.55

Contoh kalau full JMK, dapat RM153.85 x 3.0 = RM461.55

Katakan pula korang kerja lebih 3 jam lagi. Tambah pula 3 jam x RM20.51 x 3.0 = RM184.59.

Untung lah yang ada OT kan?

Semoga membantu!

(Kredit: Ri Ri)

Baca juga: Harga Lesen Memandu 2022 (Kereta & Motor)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: