Harga Lesen Memandu 2022 (Kereta & Motor)

HARGA LESEN MEMANDU 2022 (KERETA & MOTOSIKAL)

Ramai yang mengeluh harga lesen memandu makin mahal untuk tahun ini. Betulkah?

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan lesen memandu untuk anda.

Harga Pakej Lesen Memandu Terkini

Penentuan bagi pakej harga dan kos ambil lesen memandu kereta atau motor termasuk kereta auto sama ada anda di semua negeri  adalah berdasarkan yuran lesen belajar memandu yang ditetapkan kerajaan Malaysia

Kerajaan Malaysia telah membantu menetapkan julat harga bagi mendapatkan lesen memandu.

  • Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
  • Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
  • Lesen Kereta Manual D – RM1150 hingga RM1300
  • Lesen Kereta Automatik  DA – RM1250 hingga RM1500

NOTA: Sesetengah pusat latihan mungkin sedikit mahal kerana turut mengenakan caj-caj tambahan seperti sewa kenderaan, kos pengangkutan (sekiranya diperlukan oleh pelajar) dan sebagainya namun harga yang dikenakan perlulah munasabah.

Berikut dilampirkan anggaran harga lesen memandu di salah sebuah Pusat Memandu di Kuala Lumpur.

Sumber: http://www.imkl.com.my/lesenmemandu.html

Anda boleh rujuk senarai institusi memandu di Malaysia mengikut negeri:

NOTA:

  • Sila semak dan buat perbandingan kadar harga yang anda pilih dan ambil tidak melebihi julat harga maksimum yang. Jika harga yang ditawarkan terlalu mahal, anda boleh pilih institut memandu di Malaysia yang lain.
  • Untuk lebih jimat, boleh pilih pakej untuk motor dan kereta sekaligus di institut latihan memandu

Cara Daftar Kelas Memandu & Ujian Berkaitan

Berikut adalah cara daftar lesen kali pertama:

PENDAFTARAN LESEN MEMANDU

Pendaftaran – Daftar di Kaunter Pendaftaran Akademi Memandu berhampiran.Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU(KPP)

Kursus KPP – Kursus KPP di akademi memandu diadakan selama 6 jam. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.

UJIAN KOMPUTER LESEN MEMANDU

Ujian Komputer – Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus.

LESEN L

Lesen L – Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.

KPP 02 – Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.

KPP 03 – Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02

UJIAN QTI LESEN MEMANDU

Ujian QTI – Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.

UJIAN PRAKTIKAL JPJ

Ujian Praktikal JPJ – Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.

Proses Pendaftaran Lesen Memandu Percubaan (PDL)

Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri/Cawangan sahaja

Kelayakan bagi permohonan PDL :

  • Lulus ujian amali bahagian 2 & 3 dan keputusan ujian telah dikemaskini serta masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun.
  • Pemilik tidak disenaraihitam
  • Tempoh percubaan adalah 2 tahun bagi kelas yang terawal

Dokumen Yang Diperlukan:

  • MyKad/Pasport asal MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  • Pengenalan diri asal wakil
  • 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm (pilihan)
  • Pemegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga asing)
  • Bayaran RM40.00 untuk kelas B & C (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00) (Warganegara)
  • Bayaran RM120.00 untuk kelas B2 tunggal, B & C (Bukan Warganegara)
  • Bayaran RM60.00 bagi kelas D & ke atas (Warganegara)
  • Bayaran RM120.00 bagi kelas D & ke atas (Bukan Warganegara)

Baca juga: Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 September

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: