Kerajaan Akan Sekat Akaun Bekas Suami Tidak Bayar Nafkah

KUALA LUMPUR 20 MAC – Kerajaan akan menyekat atau membekukan akaun bank golongan bekas suami yang culas dan gagal membayar nafkah kepada bekas isteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu dibuat kerajaan bagi membela kepentingan dan hak wanita termasuk kes mahkamah yang dimenangi mereka dapat terus dijaga kerana lazimnya bekas isteri sukar untuk mendapatkan nafkah selepas perceraian.

Menerusi inisiatif ini, bayaran terus nafkah kepada bekas isteri akan dilakukan dari bank suami melalui potongan akaun.

“Apabila kes mahkamah dimenangi wanita dalam tuntutan nafkah, sukar bekas suami untuk bayar dan mereka ingkar perintah mahkamah.

“Jadi apabila kita bekukan, jika mahkamah perintahkan bayaran RM1,000 sebulan jadi bank akan diarahkan untuk bayar terus kepada isteri,” katanya.

Beliau membuat pengumuman berkenaan berkenaan ketika ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu, 19 Mac yang lalu.

pembekuan akaun bekas suami
Infografik Pembekuan AKaun Bekas SUami Tidak Bayar Nafkah – BERNAMA

Sementara itu, bagi menjaga dan menghargai peranan wanita, Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan memberi kelonggaran kepada isteri yang kematian suami dibenarkan wanita bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh iddah.

Sebelum ini, Ismail berkata ketua jabatan dan pengurusan tertinggi semua organisasi diwajibkan membenarkan wanita yang kematian suami bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian bagi membolehkan urusan keluarga serta peninggalan suami dapat diselesaikan.

Sumber: BERNAMA, Sinar Harian

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: