TERKINI: Tiada Pelaksanaan PKP Full Lockdown, PKP 3.0 Akan Diperketat – PM
TIADA PELAKSANAAN PKP PENUH / FULL LOCKDOWN BUAT MASA INI, NAMUN PENAMBAHAN SEKATAN PKP 3.0 AKAN DIBUAT DALAM SEKTOR EKONOMI DAN SOSIAL
Seperti yang kita sedia maklum, negara telah mencatatkan rekod harian tertinggi sejak pandemik COVID-19 melanda negara dengan bilangan kes positif 6,806 semalam, 21 Mei 2021.
Hari ini, 21 Mei 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,493 kes (jumlah 498,795 kes) di mana 3 hari berturut-turut negara mencatatkan lebih 6000 kes sehari.
Susulan itu, satu mesyuarat akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diadakan hari ini bagi membincangkan soal PKP secara menyeluruh (full lockdown) di seluruh negara – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), menurut Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam.
Setakat ini SOP “full lockdown” tidak dilaksanakan oleh Perdana Menteri, namun pelaksanaan PKP 3.0 akan diperketatkan, umum kenyataan rasmi pejabat Perdana Menteri jam 8.25 malam sebentar tadi.
Baca juga: Hampir Seluruh Semenanjung Kini Zon Merah, Katil ICU Capai Tahap 83%
Penambahan sekatan terutamanya akan diperketat dalam sektor ekonomi dan sosial bagi membendung penularan wabak yang semakin membimbangkan.
SOP terkini dan sekatan tambahan yang dimaksudkan akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam sidang media khas esok, 22 Mei 2021.
Berikut adalah kenyataan penuh Pejabat Perdana Menteri: