Resepi Kek Butter Cheese Blueberry. Paling Mudah & Sedap!

Resepi Kek Butter Cheese Blueberry

Kombinasi rasa masam manis dan rasa lemak serta kelembutan butter tentunya faktor yang menjadikan kek blueberry cheese ni antara yang cukup diminati kan?

Bukan saja boleh buat untuk anak-anak di rumah, resepi ini juga sesuai untuk hari-hari istimewa.

Di sini kami kongsikan resepi yang mudah untuk anda cuba ya!

Resepi Kek Butter Cheese Blueberry

Bahan-Bahan:

  • 250g butter anchor (ape-apa brand pun boleh, tak kesah) nak sedap pakai la yang mahal sikit
  • 250g cheese tatura
  • 1 1/4 Cawan gula kastor
  • 2 1/4 Cawan tepung naik sendiri
  • 1/3 Cawan susu full cream
  • 3 biji telur A
  • Esen vanilla (sis pakai butter vanilla.. 1 rumah bau wangi)
  • Filling blueberry secukupnya
kek cheese blueberry

Cara Membuat:

  1. Panaskan oven 180°c dan gris loyang 9×9 dengan shortening
  2. Pukul butter + gula + Esen vanilla sehingga berkrim. Kemudian masukan telur satu persatu dan pukul lagi sampai sebati.
  3. Masukan cheese pukul sebati dan masukan susu full krim tadi.Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Akhir sekali masukan tepung yang telah diayak dan pukul lagi.
  5. Masukan adunan tadi 2 atau 3 senduk ke dalam loyang dan ratakan.
  6. Kemudian letak blueberry filling menggunakan sudu kecik.(dot dot)
  7. Masukan lagi adunan tadi dan ulang sehingga habis.
  8. Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam atau sehingga masak.

Selamat Mencuba!

Baca juga:

NOTA:

Bagi mak-mak yang suka Cheese Cake, boleh cuba buat nanti di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Penting beli butter yang mahal sikit, lebih berkualiti dan sedap rasanya.

Kredit : Ct Noriezan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: