7 Cara Bayar Parking DBKL Tanpa Tunai. Guna Apps, e-Kupon
Cara bayar parking DBKL tanpa tunai dengan Aplikasi mobile dan e-Kupon.
DBKL telah mengingatkan orang ramai sejak Oktober 2020 bahawa kaedah bayaran caj tempat letak kereta (TLK) tepi jalan kini telah menggunakan aplikasi atau pun e-kupon.
3 bulan adalah tempoh yang mencukupi untuk kita menyesuaikan diri dengan norma baharu ini.
Namun masih ada yang alpa, sengaja mengambil sikap sambil lewa atau tidak tahu-menahu langsung tentang perkara ini.
Kini, DBKL memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mereka yang culas untuk membayar caj parking yang telah ditetapkan.
Baca juga: Hati-hati Buang Bungkusan Pos Yang Tertera Maklumat Peribadi – PDRM
Oleh itu, jika anda belum tahu tentang cara bayar parking DBKL tanpa tunai, di sini kami kongsikan aplikasi dan senarai ejen EZ Smart Park DBKL.
7 Cara Bayar Parking DBKL Tanpa Tunai
Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 1hb Oktober 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan kutipan bayaran tempat letak kereta bahu jalan di Kuala Lumpur.
Cara bayar parking DBKL boleh dilakukan melalui saluran berikut:
i) Saluran aplikasi mudah alih (mobile app)
Berikut adalah 6 aplikasi yang boleh dimuat turun untuk membuat bayaran tempat letak kereta secara online.
Bil, | Aplikasi / E-Dompet | Phone | E-Mel / Laman Web |
---|---|---|---|
1. | 03-2606 2220 | customerservice@ezsmartpark .com.my | |
2. | 1-700-819-612 | flexiparking.com | |
3. | 03-27123133 | [email protected] | |
4. | 03-5022388 | support.tngdigital.com.my | |
5. | 03-78877745 010-3203948 | [email protected] |
Anda boleh membuat bayaran dengan mudah melalui aplikasi tersebut yang terdapat di google paystore atau Apple iStore.
ii) Saluran ejen e-kupon
Katakanlah tak bawa handphone atau bateri tiba-tiba ‘kong’. Jangan panik!
Terdapat 123 ejen e-kupon yang boleh didapati di kedai serbaneka di seluruh KL.
Sila rujuk: Senarai Ejen Ekupon Tempat Letak Kereta Di Bahu Jalan
iii) Pas Bulanan tempat letak kereta melalui aplikasi mudah alih EZ SMART PARK
Bagi pengguna yang kerapkali keluar dan menggunakan parking awam, anda disarankan membeli terus pas bulanan untuk memudahkan urusan.
Sila muat turun aplikasi EZ Smart Park melalui link berikut:
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ezsmartpark&hl=en&gl=US
- Apple iStore: https://apps.apple.com/my/app/ez-smart-park/id1532829632
Maklumat Lanjut
Sehubungan dengan itu, sebarang pertanyaan lanjut mengenai bayaran tempat letak kereta bahu jalan di Kuala Lumpur boleh dibuat melalui talian dan e-mel/laman web seperti jadual di atas atau menghubungi DBKL melalui saluran berikut :
- WhatsApp : 019-2883255
- E-Mel : [email protected]
Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang cara bayar parking DBKL dan e-kupon dengan melayari portal DBKL: www.dbkl.gov.my